03 September 2013

Laporan Pemantaun Sukan Menembak

LAPORAN PEMANTAUN

SUKAN : MENEMBAK

TARIKH : 29 OGOS 2013
MASA : 1515 - 1730
TEMPAT : PUSAT LATIHAN MENEMBAK NEGERI JOHOR

Kehadiran:
  1. En Subari Bin Ariffin - JPM
  2. En Mohd Nasir Bin Ramli - JSM
  3. Atlet seramai 7 orang.
LATIHAN
  1. Shooting Trial Air Pistol & Air Rifle 10m
PERTANDINGAN
  1. Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Trophy Chia Woh, yang akan disertai pada 03 - 08 September 2013
  2. Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 1/2013, yang akan disertai pada 19 - 22 September 2013.
PERALATAN
  1. Satu (1) unit System Simulator SCATT mengalami kerosakan serius dan perlu diperbaiki segera. Penambahan dua (2) unitlagi juga amat perlu disegerakan.
  2. Empat (4) unit komputer kegunaan SCATT rosak sejak September 2012 dan perlu pengantian segera.
  3. Kesemua mesen sasaran 25m mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki segera agar segala perancangan latihan tidak terjejas.
ULASAN
  1. Menurut En Subari, kehadiran atlet baru amat mengecewakan. Hanya seorang atlet sahaja yang konsisten menjalani latihan. Atlet-atlet baru yang tidak hadir menjalani latihan selama sebulan lebih ini akan digugurkan.
  2. Menurut kedua-dua jurulatih, TID tidak perlu dijalankan setakat ini bagi menggantikan atlet baru, ini kerana bilangan atlet yang sedia ada sudah mencukupi bagi membentuk satu pasukan yang berkualiti.
  3. Pendedahan awal perlu diberikan kepada atlet baru bagi meningkatkan tahap keyakinan diri.
  4. Jurulatih memaklumkan agar pusat latihan dinaik taraf bagi memastikan program pembangunan yang berterusan. Jurulatih mencadangkan agar menyediakan asrama bagi atlet yang benar-benar berpotensi.
  5. Laporan kerosakan dan skop kerja telah di emelkan kepada pengurus. Tindakan lanjut akan diambil dari pihak saya bagi menyediakan quotation.

sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh,

ROSHAZA AZEERA BINTI ROSLAN
SDO MENEMBAK


Sebahagian atlet lelaki

En Nasir memberi penerangan kepada atlet baru


Kedua-dua jurulatih berbincang antara satu sama lain

No comments:

Post a Comment