03 November 2014

PROGRAM PEMILIHAN ATLET SUKAN OLAHRAGA BAGI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA (SSTMI) KE PROGRAM PELAPIS KEBANGSAAN MSNM

Tarikh : 3 Nov 2014
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Sukan Malaysia (SSTMI)

Sesi Malam : Taklimat Program Oleh Ketua Jurulatih MSNM Coach
Kehadiran
Atlet
Lelaki : 21
Perempuan : 16 orang

Jurulatih
Msnm : 4 orang
Sstmi :

Pegawai
USPTN Johor : 4 orang
Isn : 1 orang

Sesi pertama : Taklimat Program

Tepat pada jam 9.00 malam telah diadakan taklimat Program Pemilihan Atlet Sukan Olahraga bagi Sekolah Sukan Malaysia ( SSTMI) Bandar Penawar Kota Tinggi Johor ke Program Pelapis Kebangsaan Majlis Sukan Negara Malaysia. Taklimat program pemilihan ini disampaikan oleh Ketua Jurulatih dari MSNM iaitu Cikgu Mansahar. Taklimat ini disampaikan kepada 21 orang atlet lelaki , 16 orang atlet, 3 orang Panel jurulatih MSNM, 5 orang jurulatih SSTMI dan 4 orang kakitangan USPTN Johor. Pada sesi taklimat turut hadir bersama iaitu Pengetua Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail turut bersama -sama mendengar taklimat yang di sampaikan. Pada program taklimat ini telah di jelaskan objektif dan kelebihan perlaksanaan terhadap jurulatih dan atlet.

Program taklimat ini di akhiri dengan perjumpaan dan perbincangan bersama - sama pihak jurulatih, pihak sekolah dan USPTN Johor (MSNJ) bagi perlaksanaan jadual program dari mula 3hb November 2014 dan berakhir 5hb November 2014.

No comments:

Post a Comment