Tempat: Kolam Renang MBJB Larkin Johor
Negeri : Johor
Tarikh: 15 – 20 Disember 2014
Jurulatih : Othman Yub & Hong Meow Liong
Jumlah atlet: 42 orang Atlet
Hari Pertama (15 Disember 2014)
Pendaftaran Atlet di Hotel Sri Malaysia Larkin Johor pada pukul 2.00 Petang.
Seramai 42 orang atlet yang terdiri daripada 18 Wanita dan 24 Lelaki telah berjaya mendaftarkan diri ke Kem Latihan Renang. setelah selesai kesemua atlet mendaftar, jurulatih memberi taklimat ringkas kepada atlet mengenai kem latihah renang dan juga jadual latihan di sepanjang kem tersebut.
Pada pukul 3.30 petang semua atlet berkumpul di di hadapan hotel untuk bergerak ke kolam renang bagi menjalankan sesi latihan yang pertama. Jurulatih telah memberikan atlet kepada 3 kategori iaitu A B dan juga C yang dibantu oleh 2 orang Coach dan juga 2 Orang Teknikal yang berpengalaman untuk membatu Coach di sepanjang Kem Latihan tersebut.
Latihan Tamat pada 7 malam.
Pada Pukul 8.00 malam satu sesi taklimat bersama seorang ikon yang telah memberi banyak pingat dalam sukan renang di Sukma 2014 iaitu
Wong Fu Kang. Beliau memberikan kata-kata semangat,berkongsikan bagaimana untuk mencapai kejaya dan juga sesi soal jawab. Aktiviti tamat pada pukul 10.00 Malam.
HARI KE DUA (16/12/2014)
Atlet dikejutkan seawal 6.00 pagi untuk bergerak ke kolam renang bagi menjalankan latihan sesi pagi.Sebelum latihan bermula kesemua atlet membuat renggangan terlebih dahulu sebelum latihan bermula. Latihan tamat pada pukul 10.00 pagi.
Selepas minum pagi taklimat CPR oleh Live Saving Sociation Johor telah dijalankan. Atlet diberi penerangan mengenai cara-cara CPR yang betul. taklimat tersebut tamat pada pukul 12.00 tengah hari dan atlet dibenarkan untuk pulang ke hotel untuk makan tengahari.
pada pukul 3.30 petang atlet berkumpul untuk menjalakan latihan sesi petang dan tamat pada pukul 7.00 malam.
Selepas makan malam satu sisi bersama En Omar yang merupakan Jurulatih Kecergasan Majlis Sukan Negeri Johor telah menerangkan kepada atlet mengenai ujian kecergasan ,cara-cara pemakanan dan juga motivasi kepada atlet. Sesi tersebut tamat pada pukul 10.00 malam.
Hari Ke Tiga (17/12/2014)
Selepas atlet sarapan pagi pada pukul 8.00 pagi atlet bergerak ke GYM Stadium Larkin untuk sesi ujian kecergasan yang dibantu oleh jurulatih En.Omar. Sisi ini adalah untuk meningkatkan stamina atlet. Sisi tersebut tamat pada Pukul 11.30 pagi.
Pada pkul 3.30 Petang atlet bergerak ke kolam renang bagi sesi latihan. Latihan tersebut tamat pada pkul 7.00 malam.
Selepas makan malam, atlet berkumpul di dewan untuk sesi bersama Jurulatih En Othman Yub. Jurulatih memberi taklimat teori mengenai sukan renang, perancangan tahun 2015 dan juga takwim pertandingan 2015.
Hari Ke Empat (18/12/2014)
Atlet mula bergerak ke kolam renang pada pukul 6.00 pagi untuk menjalankan latihan dan tamat pada pukul 10.00 pagi.Setelah atlet sarapan pagi atlet dibenarkan pulang ke bilik untuk berehat.
Pada pukul 3.30 petang atlet bergerak ke kolam renang untuk menjalani latihan yang kedua dan tamat pada pukul 7.00 malam. atlet dibenarkan berehat dan tidur selepas makan malam.
Hari Ke Lima (19/12/2014)
Selepas sarapan pagi bergerak ke GYM stadium larkin untuk menjalankan Ujian Fizikal Besama Coah Omar yang merupakan Jurulatih Kecergasan Majlis Sukan Negeri Johor dan dibantu oleh staf di Gym tersebut. Ujian dijalankan kepad semua atlet dan segala rikod telah dicatatkan. Ujian tersebut tamat pada pukul 11.30 Pagi. Atlet bergerak ke penginapan untuk makan tengahari dna dibenarkan berehat untuk sesi latihan pada waktu petang.
Pada Pukul 3.30 petang atlet berkumpul untukbergerak ke kolam renang dan sisi latihan tersebut tamat pada pukul 7.00 malam..
Selepas makan malam atlet berkumpul umtuk sesi bersama jurulatih. Pada malam terakhir jurulatih memberikan sesi soal jawab bersama jurulatih dan sesi memberikan pendapat disepanjang kem berlangsung.
sesi tersebut tamat pada pukul 10.00 malam..
Hari Ke Enam (20/12/2014)
Pada pukul 6.00 pagi atlet berkumpul untuk bergerak ke kolam renang bagi menjalankan sesi latihan yang terakhir. Sesi latiha tamat pada pukul 10.00 pagi dan atlet pulang ke penginapan untuk sarapan pagi seterusnya menjalankan acara penutup.
Acara penutup dijalankan pada pukul 11.00 pagi. Cik siti Radziah Binti Abd Sahar selaku Ketua uniu USPTN Johor telah hadir untuk memberikan sepatah dua kata dan seterusnya sesi penyampaian sijil kepada atlet.
Majlis penutup tersebut tamat pada pukul 12.00 Tengah Hari dan atlet dibenarkan pulang.