05 January 2015

MISI BANTUAN BANJIR PERSATUAN MENEMBAK JOHOR


















Vanue Bantuan : Kg Pasir Raja Terengganu
Tarikh               : 1 Januari 2015
Pasukan           : Persatuan Menembak Johor
Jurulatih Terlibat : Mohd Nasir Bin Ramli


           Pada 1 Januari 2015 misi bantuan mangsa banjir oleh Persatuan Menembak Johor dan Atlet Menembak pelapis Negeri Johor telah dijalankan.
Seramai 10 Orang daripada Exco Persatuan Menembak dan seorang jurulatih iaitu En Nasir telah terlibat dalam misi bantuan mangsa banjir.
Batuan tersebut adalah berupakan bekalan makanan seperti Air Mineral , Beras , Minyak Makan dan sebagainya.
Bantuan tersebut akan disalurkan kepada penduduk Kg Pasir Raja Terengganu. Pada Pukul 2.30 petang sesi menyusun barang
ke dalam lori dan juga 4Wd telah dijalankan dengan dibantu oleh beberapa Orang atlet, jurulatih dan juga exco Persatuan Menembak.

          Setelah selesai, mereka bergerak ke Terengganu pada Pukul 4.30 Petang dan tiba pada pukul 4.00 petang. Sesi pembahagian barang bantuan telah
dijalankan di sebuah dewan awam di Kg pasir Raja Terengganu. Selesai sesi pembahagian barang bantuan mereka membuat lawatan bagi melihat keadaan rumah
mangsa banjir di Kampung Pasir Raja. Setelah selesai lawatan tersebut seorang pegawai Pejabat Daerah Dungun iaitu Puan Syahidah membawa mereka semua untuk
menginap dirumah beliau dan mereka bergerak pulang pada keesokan harinya.







No comments:

Post a Comment