13 February 2015

JOH- PENGANJURAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT BARU- MEMANAH

LAPORAN PENGANJURAN PROGRAM BINAAN PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT BAWAH 12 TAHUN SUKAN MEMANAH BIL 1/ 2015

Nama Program : Program Mengenal pasti Bakat Bawah 12 tahun Sukan Memanah

Tempat : Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1 Johor Bahru (STAR 1)

Masa : 8.00 Pagi

Anjuran : Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dengan kerjasama SK Temenggong Abdul Rahman 1

Pelajar : 79 orang pelajar
Jurulatih : 2 orang
Guru : 2 orang
Pegawai USPTN : 3 orang

Pada 11hb Februari yang lepas, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1 Johor Bahru telah mengadakan Program Mengenal Pasti Bakat Sukan Memanah kepada pelajar- pelajar darjah 5 SK Temenggong Abdul Rahman Johor Bahru (STAR 1). Program ini telah melibatkan seramai 79 orang pelajar dari Sekolah SK STAR 1.

Tujuan utama program ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti bakat - bakat baru untuk digilap ke program Pelapis Negeri Johor. Selain itu juga program ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah bagi menjadikan sekolah STAR 1 sebagai sekolah angkat sukan memanah di Daerah Johor Bahru.

Program bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta. Peserta - peserta berkumpul di Dewan Terbuka SK STAR 1.

Selesai sahaja pendaftran, peserta- peserta diberi taklimat Program oleh pegawai pembangunan Negeri USPTN Johor.

Program diteruskan selapas itu dengan taklimat program oleh jurulatih Sukan sepenuh Masa Sukan Memanah iaitu Encik Azizul Khairi Bin Tajuddin dan di bantu pembantu jurulatih oleh Tuan Haji Suhairi.

Jurulatih memula program TiD dengan pengenalan sukan Memanah dan di akhiri dengan ujian praktikal kepada peserta- peserta yang terlibat.

Melalui Ujian yang telah dijalankan jurulatih telah mengenalpasti seramai 25 orang pelajar yang berbakat untuk di ketengahkan.

Secara keseluruhan, program telah berjalan dengan lancar dan telah mendapat sambutan yang menggalakan dari pihak sekolah dan pelajar. Pelajar- pelajar yang terpilih akan diserapkan ke kelab memanah SK STAR 1 dan disenarai pendek ke. Pelapis Negeri Johor.

Ucapan jutaan terima kasih kepada GPK Koko dan Pengetuan Sekolah SK STAR 1 Johor Bahru dalam menjayakan program tersebut. diucapkan juga kepada pegawai - pegawai USPTN Johor termasuk jurulatih En Azizul dan Tuan Haji Suhairi

Sekian

# LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR

Gambar - gambar pada hari Program

No comments:

Post a Comment