20 March 2016

JOHOR - LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

Tarikh : 6 hingga 10 Mac 2016

Venue : Stadium Sultan Ibrahim, Muar

JSM : Md Shah bin Noh
          Tn Hj Yusof bin Khalid


Pada 6 hingga 10 Mac 2016 telah berlangsung satu Kejohanan Olahraga MSSD Muar dimana 6 dan 7 Mac bagi pelajar sekolah rendah dan 8 hingga 10 bagi pelajar sekolah menengah. Kategori yang dipertandingkan bagi kejohanan ini ialah bawah 10 tahun dan bawah 12 tahun bagi sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah bawah 14 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Seramai 2007 orang pelajar telah menyertai kejohanan ini dan 196 orang pegawai yang terdiri daripada 26 buah sekolah di seluruh daerah Muar.

Seramai 30 orang atlet pelapis telah menyertai kejohanan ini. Beberapa rekod baru kejohanan telah dicipta oleh atlet pelapis Johor antaranya menerusi Amiera Qistina Binti Mohd Iskandar telah memecahkan rekod bagi acara 200m Lari Berpagar dengan catatan masa32.8s (rekod MSSD 35.6s, rekod MSSJ 32.9s), 200m dengan catatan masa 28.97s (rekod MSSD 30.1s, rekod MSSJ 27.0s) dan 400m dengan catatan masa 67.0s (rekod MSSD 71.5s, rekod MSSJ 61.1s) bagi kategori perempuan bawah 14 tahun. selain itu, Muhd Shamsurin bin Azaman telah mencipta rekod baru bagi acara 110m Lari Berpagar dengan catatan masa 16.13s (rekod MSSD 16.6s, rekod MSSJ 14.2s) bagi kategori lelaki bawah 18 tahun. Selain itu, Teo Jason telah mencipta rekod baru bagi acara lompat kijang lelaki 15 tahun dengan jarak 12.42m (rekod MSSD 12.01m, rekod MSSJ 13.71m). Wan Syazriel bin Wan Saiful Yazan telah membuat dua rekod baru bagi acara Lompat Tinggi dengan lompatan 1.56m (rekod MSSD 1.50m, rekod MSSJ 1.69m) dan 200m Lari Berpagar dengan catatan masa 30.3s (rekod MSSD 31.4s, rekod MSSJ 27.8s) lelaki bawah 14 tahun. 

--
FIRMAN BIN MOHD ZAMBRI
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

(Pelayaran, Tenpin Boling & Olahraga)
Tel   : 014-3847741 / 07-5545972 
Fax  07-5548706

No comments:

Post a Comment