20 April 2016

JOHOR - MISI MEMPERKASAKAN PROGRAM PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD) SUKAN SEPAK TAKRAW JOHOR DARUL TA' ZIM

Dimaklumkan Majlis Sukan Negeri Johor melalui Uni Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dan Persekutuan Sepak Takraw  Negeri Johor  dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Antara Pusat latihan USPTN/ PSTNJ sepertimana berikut :-

TARIKH                   : 22-23 APRIL 2016 
TEMPAT                 : DEWAN SRI TANJUNG PLN TANGKAK JOHOR 
ANJURAN               : MSNJ/USPTN/PSTNJ 
KATEGORI              : ANTARA REGU 
PERINGKAT UMUR : 12-13 TAHUN DAN 14-15 TAHUN 

Kejohanan ini akan melibatkan Pusat Latihan Daerah , Pusat latihan Negeri dan Sekolah Sukan Negeri dan Sekolah Sukan Malaysia 

1. PLN Tangkak 
2. PLD Muar 
3. PLD Segamat 
4. PLD Johor Bahru 
5. SSN Kluang 
6. SSM SSTMI / Pengerang


Tujuan utama program ini dijayakan adalah untuk memilih atlet - atlet yang berbakat dan berpotensi memenangi pingat di Karnival Bakat Pelapis Negeri 2016 Siri 1 yang akan berlangsung pada 12 hingga 15 Mei 2016 bertempat di Terengganu. 

2 regu 12-13 (10 orang) tahun dan 2 regu 14- 15 (10 orang)  tahun akan disenaraikan dalam pasukan ke karnival bakat pelapis Negeri 2016. 


TENTATIF KEJOHANAN 

22/4/2016 

1000- Mesyuarat Pengurus Pasukan

1100 - Majlis Pengundian 

1200 - Makan Tengahari 

1300- Solat 

1500- 1900 Perlawanan Peringkat Kumpulan 

1900 - Makan Malam 

2000- 2300 -Sambungan Peringkat Kumpulan 

23/ 4/2016 

0800- sarapan pagi 

0900- perlawanan Separuh Akhir 1

1000 - perlawanan separuh Akhir 2

1130 - perlawanan akhir 

1230 - majlis Penutup 


SELAMAT BERTANDING 






--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Memanah & Taekwondo & Sepak Takraw)

No comments:

Post a Comment