20 April 2016

JOHOR - MISI MENCARI PEMANAH- PEMANAH BERBAKAT DAN BERKUALAITI BERKUALITI PROGRAM KERJASMA USPTN JOHOR DAN SK PERUMAHAN TAMPOI 2 JOHOR BAHRU

Pada 18 April 2016 yang lepas, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor bersama -sama Persatuan Memanah Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidkan Negeri Johor telah mengadakanPenilaian Atlet Memanah Pusat latiha Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2 Johor Bahru. SK Perumahan Tampoi 2 merupakan salah satu sekolah yang telah bekerjasama dengan Program Pelapis Negeri Johor (USPTN) bermula pada 1 Feb 2015. 

Tujuan utama program ini dijayakan adalah untuk menilai markah / skor semasa atlet - atlet sekolah ini bagi melayakkan diri ke Program Pemilihan Atlet Kranival Bakat Pelapis Negeri 2016 Siri 1. Empat Lelaki dan Empat Perempuan dari pusat latihan sekolah ini akan layak ke program pemilihan yang akan dijalankan pada 7 dan 7 Mei 2016 bertempat di lapang sasar PLN Johor Bahru Taman Mutiara Rini JB. 

Panel pemilihan terdiri daripada JUrulatih Sepenuh Masa SUKMA Johor En.  Rahman Bin Saayon, Jurulatih Sepenuh Masa Pelapis Negeri En. Azizul Khairi Bin Tajuddin  dan jurulatih Separuh Masa USPTN En. Shuhairi Bin Jaruman 

Tahniah diucapkan kepada pengelola dan tuan rumah SK Perumahan Tampoi 2 Johor Bahru kerana telah berjaya menjadi venue pertama bagi program penilaian ujian scoring atlet pusat latihan sekolah. 


TENTATIF PROGRAM 

0700-0730 - Pendaftaran peserta 

0730-0800 - Latihan Rasmi 

0800-0900- Jarak 1 30m 

0900-1000- Jarak 2 30m 

1030-1100- Majlis Penutup 


 

--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Memanah & Taekwondo & Sepak Takraw)

No comments:

Post a Comment