16 October 2016

JOHOR - PENGANJURAN BERSAMA KEJOHANAN TAEKWONDO BAKAT DAN REMAJA JOHOR 2016 - TAEKWONDO

PROGRAM : KEJOHANAN TAEKWONDO BAKAT DAN REMAJA JOHOR 2016 
TARIKH : 14 DAN 15 OKT 2016 
MASA : 8.00 PAGI - 10.00 MALAM 
MASA : 8.00 - PAGI - 4.00 PETANG 
TEMPAT ; KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN JOHOR 
ANJURAN ; PERSATUAN TAEKWONDO NEGERI JOHOR DENGAN KERJASAMA USPTN DAN MSN JOHOR 


Pada 14 dan 15 Oktober 2016 yang lepas, Persatuan Taekwondo Negeri Johor (TM /WTF) dengan kerjasama MSN Johor dan USPTN Johor telah menganjurkan kejohanan Taekwondo Bakat dan Remaja Johor 2016 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor larkin Johor Bahru 

Kejohanan ini telah melibatkan seramai 460 orang peserta lelaki dan perempuan berumur 9 hingga 17 tahun dari seluruh Negeri Johor khasnya pengerak - pengerak kelab Taekwondo Negeri Johor. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memeilih atlet utuk menyertai Program Latihan Kendalian Persatuan Negeri melalui Program Pelapis Negeri Johor yang berpusat di Kompleks Belia dan Sukan Johor. Selain itu juga kejohanan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti bakat - bakat baru untuk disenaraikan bagi penyediaan atlet menjelang SUKMA 2018 dan SUKMA 2020. 


Untuk buat kali pertama dalam kejohanan Bakat dan Remaja Johor telah diadakan 2 acara iaitu Acara Sparring dan Poomsae. Berikut adalah pecahan bagii penyertaan di kejohanan pada kali ini 

Sparring 

9-11 tahun Lelaki dan Perempuan

12-14 Tahun Lelaki dan Perempuan 

15-17 Tahun Lelaki dan Perempuan 


Poomsae 

9-11 Tahun (individu dan Pair 

12-14 tahun Individu dan apaai

15-17 tahun individu dan pair dan team


sekalung tahniah di ucapkan kepada pihak pengurusan Perastau  taekwondo TM WTF sesi 2016-2018 kerana berjaya mengelolakan Kejohanan dengan amat baik dan berjalan lancar. 


pihak kami berharap pihak AJK persatuan lenih proaktif dalam mencari rakan korporat bagi menambahkan lagi kemeriahan dengan mendapatkan sponsor rasmi kejohanan dan persatuan

--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Memanah & Taekwondo & Sepak Takraw)

No comments:

Post a Comment