09 September 2013

PEMANTAUAN LATIHAN SUAIAN FIZIKAL SUKAN TERJUN SERTA PERJUMPAAN ATLET

LAPORAN PEMANTAUN

SUKAN : TERJUN

TARIKH : 6 SEPTEMBER 2013
MASA : 4.00-5.30 PETANG
TEMPAT : GYM STADIUM LARKIN

Kehadiran:
  1. Puan Nor Rafida : Pegawai Conditioning ISN Johor
  2. Atlet seramai 6 orang.
LATIHAN

1. Tekan Tubi
2. Medicine ball throw
3. Lunges with Dumbell
4. Pike
5. Side Bridging
6. Core training



ULASAN:

1. Pegawai conditioning memaklumkan bahawa kekuatan stamina atlet sedikit menurun kerana pada bulan puasa yang lalu ramai atlet tidak hadir sesi latihan. Namun pegawai tersebut akan meningkatkan semuala tahap kekuatan stamina atlet dengan menjalankan 2 sesi seminggu bagi latihan suaian fizikal

2. PPN mengambil peluang untuk berjumpa dengan atlet selepas latihan dijalankan bagi memaklumkan berkenaan kejohana yang akan disertai pada akhir bulan Oktober ini. PPN juga meminta atlet untuk tidak ponteng latihan selepas ini dan jika ada yang kerap tidak hadir tanpa sebab PPN takkan teragak-agak untuk membatalkan penyertaan atlet tersebut. Ini adalah bagi memastikan atlet akan hadir setiap hari ke latihan dan PPN berharap agar ibubapa dapat memahami masalah berkenaan.

3. PPN juga telah meminta bantuan atlet untuk membantu PPN semasa Program lapor diri atlet baru serta perjumpaan PPN bersama ibubapa atlet pada keesokkan harinya. 

4. Terima kasih diucapkan kepada unit conditioning ISN Johor kerana membantu dalam meningkatkan lagi stamina dan prestasi atlet terjun Pelapis Johor. 





03 September 2013

Laporan Pemantaun Sukan Menembak

LAPORAN PEMANTAUN

SUKAN : MENEMBAK

TARIKH : 29 OGOS 2013
MASA : 1515 - 1730
TEMPAT : PUSAT LATIHAN MENEMBAK NEGERI JOHOR

Kehadiran:
  1. En Subari Bin Ariffin - JPM
  2. En Mohd Nasir Bin Ramli - JSM
  3. Atlet seramai 7 orang.
LATIHAN
  1. Shooting Trial Air Pistol & Air Rifle 10m
PERTANDINGAN
  1. Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Trophy Chia Woh, yang akan disertai pada 03 - 08 September 2013
  2. Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 1/2013, yang akan disertai pada 19 - 22 September 2013.
PERALATAN
  1. Satu (1) unit System Simulator SCATT mengalami kerosakan serius dan perlu diperbaiki segera. Penambahan dua (2) unitlagi juga amat perlu disegerakan.
  2. Empat (4) unit komputer kegunaan SCATT rosak sejak September 2012 dan perlu pengantian segera.
  3. Kesemua mesen sasaran 25m mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki segera agar segala perancangan latihan tidak terjejas.
ULASAN
  1. Menurut En Subari, kehadiran atlet baru amat mengecewakan. Hanya seorang atlet sahaja yang konsisten menjalani latihan. Atlet-atlet baru yang tidak hadir menjalani latihan selama sebulan lebih ini akan digugurkan.
  2. Menurut kedua-dua jurulatih, TID tidak perlu dijalankan setakat ini bagi menggantikan atlet baru, ini kerana bilangan atlet yang sedia ada sudah mencukupi bagi membentuk satu pasukan yang berkualiti.
  3. Pendedahan awal perlu diberikan kepada atlet baru bagi meningkatkan tahap keyakinan diri.
  4. Jurulatih memaklumkan agar pusat latihan dinaik taraf bagi memastikan program pembangunan yang berterusan. Jurulatih mencadangkan agar menyediakan asrama bagi atlet yang benar-benar berpotensi.
  5. Laporan kerosakan dan skop kerja telah di emelkan kepada pengurus. Tindakan lanjut akan diambil dari pihak saya bagi menyediakan quotation.

sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh,

ROSHAZA AZEERA BINTI ROSLAN
SDO MENEMBAK


Sebahagian atlet lelaki

En Nasir memberi penerangan kepada atlet baru


Kedua-dua jurulatih berbincang antara satu sama lain

29 August 2013

BEKAS JAGUH BERBASIKAL NEGARA SERTA NEGERI JOHOR DIBANTU


PEMANTAUAN PLN BERBASIKAL TREK NEGERI JOHOR

TARIKH      : 25HB APRIL 2013
MASA         : 3.00PM
TEMPAT      : PLN BERBASIKAL TREK NEGERI JOHOR
KEHADIRAN: JSM - MUHAMMAD FIRDAUS DAUD

ULASAN:


PADA 26HB JULY 2013 YANG LALU ,SATU PEMANTAUAN TELAH DILAKUKAN DI PUSAT LATIHAN INI.SEMASA PEMANTAUAN DILAKUKAN LATIHAN MASIH BELUM BERMULA.SEMASA KEHADIRAN SAYA DISINI KEDUA DUA JURULATIH TIADA SEMASA INI KERANA JSM FIRDAUS DAUD SEDANG MENGIKUTI PASUKAN BASIKAL PELAPIS KEBANGSAAN MALAYSIA MENERTAI KEJOHANAN DI EUROPE MANAKALA JSM FUAD DAUD PULA MENGIKUTI PASUKAN PERSATUAN LUMBA BASIKAL NEGERI JOHOR KE KOREA JUGA MENYERTAI KEJOHANAN.SEMASA KETIADAAN KEDUA DUA JURULATIH TELAH MEMBERI JADUAL LATIHAN KEPADA ATLET UNTUK BERLATIH SENDIRI DAN DIKETUAI OLEH ATLET MUHD FARUQ BIN DAUD.SEMASA PEMANTAUAN INI JUGA SAYA TELAH MENYERAHKAN BANTUAN TAYAR BASIKAL BERJUMLAH 100 UNIT YANG DIBERIKAN OLEH MSN MALAYSIA.SEMOGA USAHA DAN KESUNGGUHAN JSM DAN ATLET BERJAYA DIMASA HADAPAN.





Mesyuarat Program Kerjasama di antara USPTN & Pusat Satelit ISN Johor

Tarikh: 28 Ogos 2013
Tempat: Bilik mesyuarat MSNJ
Kehadiran : 7 Pegawai USPTN & 7 Pegawai ISN Johor.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan program kerjasama antara USPTN-ISN bagi tahun 2013/2014 serta menyelaraskan keperluan khidmat ISN di dalam program Pelapis Johor.
Diharap perbincangan seperti ini akan lebih kerap dijalankan bagi memastikan jurulatih serta atlet mendapat maanfaat sepenuhnya dari aspek sains sukan terutamanya.
Terima kasih kami ucapkan kepada ketua pusat satelit ISN Johor serta pegawai-pegawai beliau kerana memberi kerjasama di dalam menjalankan mesyuarat tersebut.Moga jalinan kerjasama ini akan terus dikekalkan.



PEGAWAI-PEGAWAI USPTN & ISN JOHOR

28 August 2013

PEMANTAUAN SUKAN TERJUN


SUKAN : TERJUN
TARIKH : 28/08/2013 (5.00 PETANG)
ATLET : 10 ORANG
JURULATIH : XU JI


LATIHAN:

1. Drylan exercise
2. A,B,C Position tepi pool, 1 & 3 meter Springboard
3. 101 C, 101 B
4. Syncro Diving

Ulasan:

1. PPN telah memaklumkan kepada jurulatih berkenaan pertandingan terjun akan datang dan meminta jurulatih membuat persiapan untuk atlet sertai pertandingan tersebut.

2. PPN juga memaklumkan bahawa bermula 7 September 2013 atlet-atlet baru hasil dari TID yang lalu akan mula melapor diri, dan pada hari tersebut PPN telah meminta jurulatih untuk membuat latihan dryland khas untuk atlet baru dibantu oleh atlet-atlet senior. 




1 Meter Springboard Training

Mohd Adnan, atlet yang akan berpindah ke Sabah kerana ayah beliau telah ditukarkan ke sana. Semoga berjaya di negeri Sabah. 


Syncro Diving

Jamuan meraikan hari terakhir bersama Mohd Adnan, jamuan tersebut disediakan oleh ibubapa Mohd Adnan serta  ibubapa atlet terjun yang lain. Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang menjayakan jamuan tersebut.

26 August 2013

Pemantauan Sukan Gimnastik

Tarikh : 22 Ogos 2013
Masa : 6:30 pagi - 8:15 pagi
Tempat : Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

Latihan yang dijalankan adalah berbentuk circuit training yang bertujuan untuk mendapatkan semula rentak atlet setelah bercuti 2 minggu sempena musim perayaan. Secara keseluruhan, tiada masalah yang dilaporkan kecuali seorang atlet yang masih belum cukup cergas kerana kecederaan lutut yang dialami masih belum pulih.









..

20 August 2013

Pemantuan Sukan Memanah

Tarikh :2 Ogos 2013
Masa Latihan : 3.30 - 5.00 Ptg
Tempat : PLN Memanah Larkin Johor

Kehadiran 
Jurulatih : En Azizul Khairi 
Atlet : 1 Lelaki 

Latihan :
-Shooting Dril untuk jarak 30m , 50m 
-Pembentukan skill oleh jurulatih Kehadiran 
-Atlet tidak mencukupi kerana 4 atlet daripada johor sedang berada didalam tingkatan 3 dan 5 , dan 2 lagi atlet bawah 16 tahun tidak dapat hadir kerana masalah pengangkutan


Peralatan :
-Atlet menggunakan peralatan sendiri.

Ulasan Perbincangan :
-JPM memaklumkan bahawa , dalam bulan September/Oktober , akan berlansung 1 kejohanan tertutup memanah Johor dimana pengambilan peserta untuk ke pelapis negeri dan sukma akan dinilai daripada kejohanan tersebut.





-JPM juga memaklumkan bahawa , atlet mempunyai masalah dari segi pengangkutan untuk ke PLN . Setelah berbincang,JPM telah bersetuju untuk mencari sekolah yang berdekatan untuk melakukakan TID/KLINIK dalam mencari pelapis baru dalam sukan memanah

05 August 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK

LAPORAN PEMANTAUN

SUKAN : MENEMBAK

TARIKH : 2 OGOS 2013
MASA : 1500 - 1700
TEMPAT : PUSAT LATIHAN MENEMBAK NEGERI JOHOR

Kehadiran:
  1. En Subari Bin Ariffin - JPM
  2. En Mohd Nasir Bin Ramli - JSM
  3. Atlet seramai 9 orang.
LATIHAN
  1. Shooting Trial Air Pistol & Air Rifle 10m
PERTANDINGAN
  1. Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Trophy Chia Woh, yang akan disertai pada 03 - 08 September 2013
PERALATAN
  1. Satu (1) unit System Simulator SCATT mengalami kerosakan serius dan perlu diperbaiki segera. Penambahan dua (2) unitlagi juga amat perlu disegerakan.
  2. Empat (4) unit komputer kegunaan SCATT rosak sejak September 2012 dan perlu pengantian segera.
  3. Kesemua mesen sasaran 25m mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki segera agar segala perancangan latihan tidak terjejas.
ULASAN
  1. Menurut ketiga-tiga jurulatih, prestasi atlet semakin meningkat menjelang SUKMA.
  2. Pendedahan awal perlu diberikan kepada atlet baru bagi meningkatkan tahap keyakinan diri.
  3. Di dalam perancangan saya, mesyuarat JKK akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.
  4. Jurulatih memaklumkan agar pusat latihan dinaik taraf bagi memastikan program pembangunan yang berterusan. Jurulatih mencadangkan agar menyediakan asrama bagi atlet yang benar-benar berpotensi.

sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh,

ROSHAZA AZEERA BINTI ROSLAN
SDO MENEMBAK











22 July 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK

LAPORAN PEMANTAUAN 


Tarikh: 19 JULAI 2013

Masa: 1000 - 1330
Tempat: PUSAT LATIHAN MENEMBAK NEGERI JOHOR


Kehadiran:
1. Nor Azura b Kamarudin - PEGAWAI PSYCHOLOGY

2. Subari Ariffin - JPM

3. Nikolaev Victor - JLN

4. Mohd Nasir bin Ramli - JSM

LATIHAN

1. Shooting Trial Air Pistol & Air Rifle 10m

PERTANDINGAN

Seramai 17 orang atlet telah menyertai pertandingan Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Ke4 2013 (Sport- Excel, NSC, MILO) Dan Kejohanan Menembak Piala Tun Tan Siew, pada 02 hingga 07 Julai 2013, di Lapangsasar Subang.


ULASAN KEPUTUSAN PENYERTAAN KEJOHANAN MENEMBAK TOFI TUN TAN SIEW SIN DAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN IV/2013.

10m AIR RIFLE MEN (D-1)
  1. Mohd Shahril b Sahak
  2. Nik Muhammad A'imullah b Supardi
  3. Iqbal Hazim b Nordin
  4. Mohamad Zakee b Roslee
Bagi Kategori Remaja:
  • Berpasukan - Emas
  • Nik Muhammad A'imullah b Supardi - Gangsa.
  • Iqbal Hazim b Nordin - tempat ke11
  • Mohamad Zakee b Roslee - tempat ke 14
* Bagi Kategori Terbuka:
  • Berpasukan - Gangsa
  • Mohd Shahril b Sahak - Emas
  • Nik Muhammad A'imullah b Supardi - Gangsa.
  • Iqbal Hazim b Nordin - tempat ke 22
  • Mohamad Zakee b Roslee - tempat ke 26

10m AIR PISTOL WOMEN (D-2)
  1. Erene Chew
  2. Elsa Chew
  3. Nurul Amierra bt Zulkiflee
  4. Elaine Ong
  5. Yvonne Ong
Bagi Kategori Remaja:
  • Berpasukan - Emas
  • Erene Chew - Perak
  • Elsa Chew - Gangsa
  • Nurul Amierra bt Zulkiflee - tempat ke 12
  • Elaine Ong  - tempat ke 13
  • Yvonne Ong - tempat ke 15
* Bagi Kategori Terbuka:
  • Berpasukan - Gangsa
  • Erene Chew - tempat ke 6
  • Elsa Chew - tempat ke 10
  • Nurul Amierra bt Zulkiflee - tempat ke 22
  • Elaine Ong  - tempat ke 23
  • Yvonne Ong - tempat ke 26


25m SPORT PISTOL MEN Jr (D-2)
  1. Eddy Chew
  2. Choo Wen Yan
  3. Nor Afiffuddin b Nordin
  4. Ong Zhen Shen
Bagi Kategori Remaja:
  • Bepasukan - Emas
  • Eddy Chew - Emas
  • Choo Wen Yan - Perak
  • Nor Afiffuddin b Nordin - Gangsa
  • Ong Zhen Shen - tempat ke 9

50m RIFLE PRONE MEN (D-2)

  1. Mohd Shahril b Sahak
  2. Nik Muhamad A'imullah b Supardi
Bagi Kategori Remaja:
  • Nik Muhamad A'imullah Supardi - Emas
* Bagi Kategori Terbuka:
  • Nik Muhamad A'imullah Supardi - Perak
  • Mohd Shahril b Sahak - Gangsa

10m AIR PISTOL MEN (D-3)
  1. Eddy Chew
  2. Choo Wen Yan
  3. Ong Zhen Shen
  4. Hazeq Haqeem b R Azmi
  5. Nor Afiffuddin b Nordin
Bagi Kategori Remaja:
  • Berpasukan - Emas
  • Eddy Chew - Emas (Rekod Baru Kebangsaan)
  • Choo Wen Yan - Perak
  • Ong Zhen Shen - tempat ke 6
  • Hazeq Haqeem b R Azmi - tempat ke 7
  • Nor Afiffuddin b Nordin - DNS (senjata rosak)
* Bagi Kategori Terbuka:
  • Berpasukan - Emas
  • Eddy Chew - Emas
  • Choo Wen Yan - Perak
  • Ong Zhen Shen - tempat ke 11
  • Hazeq Haqeem b R Azmi - tempat ke 12
  • Nor Afiffuddin b Nordin - DNS (senjata rosak)

25m STANDARD PISTOL MEN (D-3)
  1. Peter Chung Yoke Onn
* Bagi Kategori Terbuka:
  • Peter Chung Yoke Onn - tempat ke 5


50m RIFLE 3 POSITION MEN (D-3)

  1. Mohd Shahril b Sahak
  2. Nik Muhamad A'imullah b Supardi
Bagi Kategori Remaja:
  • Nik Muhamad A'imullah Supardi - Perak
* Bagi Kategori Terbuka:
  • Nik Muhamad A'imullah Supardi - Emas
  • Mohd Shahril b Sahak - tempat ke 4

10m AIR RIFLE WOMEN (D-4)
  1. Nur Ain bt Kamari
  2. Nur Liana bt Abu Naim
Bagi Kategori Remaja:
  • Nur Ain bt Kamari - tempat ke 4
  • Nur Liana bt Abu Naim - tempat ke 18
* Bagi Kategori Terbuka:
  • Nur Ain bt Kamari - tempat ke 5
  • Nur Liana bt Abu Naim - tempat ke 22

25m SPORT PISTOL WOMEN (D-4)
  1. Erene Chew
  2. Elsa Chew
  3. Elaine Ong
  4. Yvonne Ong
Bagi Kategori Remaja:
  • Berpasukan - Emas
  • Erene Chew - Emas
  • Elsa Chew - tempat ke 5
  • Elaine Ong - tempat ke 11
  • Yvonne Ong - tempat ke 13
* Bagi Kategori Terbuka:
  • Berpasukan - Gangsa
  • Erene Chew - tempat ke 5
  • Elsa Chew - tempat ke 13
  • Elaine Ong - tempat ke 20
  • Yvonne Ong - tempat ke 22
50m PISTOL MEN (D-4)
  1. Choo Wen Yan
  2. Eddy Chew
  3. Nor Afiffuddin b Nordin
  4. Hazeq Haqeem b R Azmi
Bagi Kategori Remaja:
  • Berpasukan - Emas
  • Choo Wen Yan - Emas
  • Eddy Chew - Perak
  • Nor Afiffuddin b Nordin - tempat ke 6
  • Hazeq Haqeem b R Azmi - tempat ke 8
* Bagi Kategori Terbuka:
  • Berpasukan - Emas
  • Choo Wen Yan - Emas (Rekod Baru Kebangsaan)
  • Eddy Chew - Perak
  • Nor Afiffuddin b Nordin - tempat ke 11
  • Hazeq Haqeem b R Azmi - tempat ke14


Secara kesimpulannya, jumlah pingat bagi Kategori Terbuka adalah dengan 6 emas, 3 perak dan 5 gangsa. Manakala bagi Kategori Remaja pula, Pasukan Menembak Negeri Johor telah memenangi 11 emas, 5 perak dan 3 gangsa. Selain itu juga, dua rekod kebangsaan telah dipecahkan.


PERALATAN
1. Satu unit System Simulator SCATT mengalami kerosakan serius dan perlu diperbaiki dengan segera.

2. 4 unit komputer kegunaan SCATT rosak semenjak September 2012 dan perlu pengantian segera.

3. Kesemua mesen sasaran 25m mengalami kerosakan.

4. Keadaan kesemua system sasaran 50m perlu sengaraan segera bagi mengelakan kos baikpulih meningkat.

ULASAN
1. Kehadiran atlit baru pada bulan Ramadhan ini agak merosot.

2. Dinding kawasan 10m mengalami kerosakan serius dan memerlukan kerja baikpulih dengan segera bagi mengelakan keadaan lebih serius.

3. En Nasir memohon kerjasama pihak ISN bagi membantu melaksanakan program Ujian Kecergasan Specifik bagi Sukan Menembak.

4. Atlit menjalani latihan seperti biasa di bulan Ramadhan ini. 

Sekian terima kasih


Laporan di sediakan oleh:

Roshaza Azeera bt Roslan

SDO Menembak Negeri Johor
Tarikh: 22 Julai 2013

SUKAN: MENEMBAK




Sebahagian Atlit Wanita Menembak Negeri Johor

En Nasir menerangkan teknik yang betul kepada atlit.



Sesi Psychology bersama Pegawai ISN, Puan Azura