30 November 2009

SOFT LAUNCHING SUKAN JOHOR,MUAR 2009



Majlis disempurnakan Tn Haji Mislan bin Karmani, Pegawai Daerah Muar pada jam 1.01 petang



Maskod Sukan Johor, Muar 2009 adalah SANG JAGOH.....



Tn Haji Mislan bin Karmani mengetuai konvoi bermotosikal ke daerah Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai Jaya




Tuan Haji Mislan bin Karmani menandatangani cenderamata sebagai bukti kunjungan rombongan telah sampai ke Pejabat Daerah Kulai Jaya sambil disaksikan sendiri oleh Tuan Pegawai Daerah Kulai Jaya, Tuan Haji Elias bin Harsan.


Majlis 'Soft Lunching' Sukan Johor, Muar 2009 kali ke 5 telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Pegawai Daerah Muar, Tn Hj Mislan bin Karmani pada 22 November 2009 di Weter Parade, Muar, Johor.

Pada 23hb November 2009, Tuan Haji Mislan bin Karmani telah mengetuai konvoi bermotosikal ke daerah Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai Jaya bagi menjemput Pegawai Daerah tersebut untuk menjemput menyertai Sukan Johor, Muar 2009

LATARBELAKANG SUKAN JOHOR
Sukan Johor kali pertama telah diadakan pada tahun 1997 dan masa itu daerah Kluang telah menjadi tuan rumah. Pada tahun 1999, Sukan Johor kedua sekali lagi dianjurkan di daerah Kluang dan pada tahun 2001, Kota Tinggi telah menjadi tuan rumah Sukan Johor kali ke 3 pada masa itu. Pada tahun 2004, daerah Johor Bahru telah berjaya menganjurkan Sukan Johor kali ke 4. Johor Bahru telah memenangi Johan Keseluruahan ke semua Sukan Johor tersebut yang pada masa itu melibatkan lapan (8) buah daerah.

Berbeza tahun ini, sepuluh (10) buah daerah akan mengambil bahagian iaitu dua (2) pertambahan daerah baru - Ledang dan Kulai Jaya.

TARIKH RASMI PERTANDINGAN SUKAN JOHOR MUAR 2009
26 - 28hb Disember 2009

JENIS SUKAN DIPERTANDINGANKAN
1. Ping Pong
2. Silat Olahraga
3. Badminton
4. Sepak Takraw
5. Olahraga
6. Berbasikal (Lebuh raya)
7. Memanah

sekian

PEMANTAUAN SESI LATIHAN BERBASIKAL

PLN: BERBASIKAL TREK MUAR
TARIKH: 25 NOV 09
MASA LATIHAN: 3.00-7.00 PETANG),
JURULATIH: JSM PELAPIS (FIRDAUS),JPM SUKMA (PAK DAUD)
ATLIT: 18 ORANG


Pada 25/11/09, satu sesi pemantaun telah dilakukan oleh SDO yang bertugas. Seperti yang dipantau, sesi latihan tetap dijalankan walaupun sedang musim peperiksaan SPM, atlet seramai 18org telah menjalankan latihan dengan bersemangat ketika itu. (tidak termasuk atlet yang menduduki SPM). SDO juga telah membuat perbincangan bersama Jurulatih-jurulatih berkenaan masalah,sesi latihan dan persediaan atlet ke kejohanan sirkit berbasikal trek yang akan dilangsungkan pada 3-6 Dis 09 di Velodrome Cheras. Satu sesi latihan selama 3 hari akan dijalankan lebih awal di Velodrome bagi memberi peluang kepada atlet membiasakan dengan suasana dan keadaan trek sebenar. Latihan itu akan bermula dari 30 Nov-2 Dis 09. Semoga berjaya diucapkan kepada atlet-atlet berbasikal Johor, kami akan sentiasa membantu dan menyokong demi meningkatkan lagi mutu dan prestasi sukan berbasikal trek di negeri Johor.








THX TO PAK DAUD,FIRDAUS AND THE GENG FOR UR COPERATION.

26 November 2009

KEM BAKAT TERJUN 3/2009

KEM BAKAT TERJUN 3/2009

DATE: 20.11.09-24.11.09
VENUE:Pusat Akuatik Paroi Seremban
ORGANIZER: Cawangan Pelapis/ USPTN N.Sembilan
PARTICIPANT:37 divers from age 7, SDO-8, JPM-6

Pada 20-24 Nov 2009 yang lepas, telah diadakan Kem Bakat Terjun siri yg ke-3, dan seramai 5 orang atlet dari negeri Johor telah melibatkan diri. Kem ini adalah kem yang terakhir bagi tahun 2009 bagi kumpulan B (dari lingkungan umur 7 tahun). Tujuan kem ini adalah untuk menarik minat atlet2 baru/muda untuk terus maju di dalam bidang terjun ini, bukan sahaja sesi latihan dijalankan, namun pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan seperti sesi lisan (pengenalan terjun), sesi riadah, sesi menonton, dan pelbagai lagi. Ini semua dijalankan untuk menarik minat atlet muda ini supaya terus berusaha untuk menjalani latihan di bawah program Pelapis. Atlet juga diuji dengan diadakan mini competition, di sini kita dapat melihat sejauh mana sesi latihan yang dijalankan sepanjang mereka menjalankan latihan dapat mereka praktikkan. Dan tahniah kepada atlet johor, kerana 4 orang dari mereka telah berada di 5 teratas. Pihak Pelapis Johor amat berharap agar atlet ini dapat dikekalkan sehingga dapat melahirkan penerjun yang berjaya kelak.








ADIK2 WAKIL DARI NEGERI JOHOR, U ARE OUR HOPE.
(From left: adik Azie shaminie, Syarhan, Jacob, Ariq, Hamiera)

25 November 2009

Ujian Kecergasan Bersama ISN, Pusat Satelit Larkin, Johor

Tarikh : 24hb November 2009
Tempat : Pusat Latihan Negeri Johor Sukan Pelayaran
Penglibatan : 30 orang atlet bersama SDO dan 5 orang pegawai ISN Larkin
Ketua Penguji : Muhammad Ridzwan Zakaria (pegawai Fisiologi Senam)


Pusat Latihan Negeri Johor bagi Sukan Pelayaran telah secara rasmi menggunakan khidmat ISN Pusat Satelit Larkin. Beberapa program seperti pemakanan dan psikologi telah dijalankan oleh pihak ISN sebelum ini terhadap atlet-atlet Sukan Pelayaran bagi persiapan menghadapi SUKMA 2010 yang akan datang ini. Pada 24hb November 2009, satu ujian kecergasan dijalankan bagi menguji tahap kecergasan atlet-atlet tersebut. Secara keseluruhan, atlet-atlet tersebut berada dalam keadaan fitness level yang boleh dibanggakan. Pihak USPTN Johor berharap agar prestasi ini dapat dikekalkan oleh semua atlet. Ujian kecergasan dan program-program akan dijalankan dari masa ke semasa dengan bantuan dari pihak ISN Johor untuk meningkatkan lagi prestasi atlet. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak ISN Pusat Satelit Larkin, Johor.
 


Sesi penerangan dari pegawai-pegawai ISN dari segi ujian kecergasan, pemakanan dan psikologi.


Beberapa ujian dijalankan oleh pihak ISN


Beep test - Jurulatih turut menyertai atlet


Sit Up dan Push Up

Terima kasih diucapkan kepada yang terlibat.

23 November 2009

PROGRAM PENILAIAN DAN PEMILIHAN ATLET 2010

TARIKH : 22 NOV 2009
TEMPAT : DYNAMIC BOWL, DANGA CITY MALL JOHOR BAHRU
MASA : 11.OO PG- 200 PTG

Dimaklumkan bahawa, Unit Sukan Prestasi Tinggi dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor dan Persatuan Sukan Tenpin Bowling Johor telah menjayakan program Penilaian dan Pemilihan Atlet 2010 pada 22 November 2009 bertempat di Dynamic Bowl, Danga City Mall Johor Bahru Johor . Program tersebut merupakan salah satu program tahunan yang diadakan setiap tahun bagi tujuan penilaian kepada atlet2 program tahun tersebut dan juga pemilihan atlet baru bagi negeri Johor. Program ini dikendali oleh panel-panel pemilih yang telah dilantik oleh Malaysian Tenpin Bowling Congress dan Majlis Sukan Negara Malaysia dibantu oleh jurulatih-jurulatih sambilan Majlis Sukan Negara Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor. Program ini dihadiri oleh panel pemilih yang di ketuai oleh Ketua Jurulatih Pembangunan Malaysia iaitu Mr. Fong Tak Meng dan dibantu oleh En. Azidi Ameran bekas atlet Kebangsaan. Selain itu, program diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Kejurulatihan Boling MTBC iaitu Mr Tony. Program ini dijalankan secara 2 sesi iaitu sesi pertama melibatkan hanya atlet baru dan sesi kedua melibatkan atlet baru yang terpilih dan atlet lama program. Seramai 78 orang peserta yang menyertai program pada kali ini.

penyertaan :

lelaki : 56 orang
wanita : 22 orang
jumlah : 78 orang


berikut adalah aksi -aksi sepanjang program yang dijalankan

Sesi Pendaftaran atlet


Sesi Bergambar dengan peserta-peserta baru




aksi-aksi peserta baru




Sesi bergambar peserta baru dan atlet program 2009

Add Image
Add Video
Remove Formatting from selection
aksi atlet program AA, AAA dan Atlet Baru



Panel jurulatih yang menilai atlet

idola semua atlet program

En. Azidi Ameran sekarang memegang jawatan jurulatih pembangunan di MTBC


Turut hadir

Mr Tony, Ketua Kejurulatihan MTBC merperkatakan sesuatu kepada SDO dan jurulatih


terakhir perbincangan pemilihan atlet bersama-sama jurulatih, wakil persatuan, dan panel pemilihan

Pemilihan yang dibuat dengan keputusan bersama


Ucapan terima kasih kepada panel jurulatih, jurulatih USPTN Johor , PSTBJ dan ibu-bapa yang turut serta di dalam program yang dijaya. Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet yang akan terpilih menyertai Program UNit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor Bagi Tahun 2010 dan kepada yang tidak berjaya tingkat usaha dan cuba lagi pada tahun akan datang.


Satu perbincangan bersama ibu-bapa atlet bawah 11 tahun berkenaan program single a atau bawah 12 tahun. Tujuan utama adalah bagi membentuk pasukan pelapis di kalangan atlet bawah 12 tahun. Makluman program ini akan dijayakan tetapi ianya dikenakan bayaran.



Sdo memberi taklimat berkenaan serba sedikit berkenaan program u-12 yang dirancang bakal dilaksanakan pada tahun 2010 melalui kerjasama jurulatih dan ibu-bapa.

"Doakan kejayaan Atlet dan Program Pelapis"

"amin"

20 November 2009

Kejohanan Boling Remaja Tertutup Johor 2009

Unit Prestasi Tinggi Negeri Johor dan Unit Pembangunan Bakat Majlis Sukan Negeri Johor kerjasama Persatuan Sukan Tenpin Bowling Johor akan menganjurkan Kejohanan Boling Remaja Tertutup Johor 2009 sepertimana berikut :

Tarikh : 9hb Disember 2009
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Daiman Bowl, Johor Jaya Johor Bahru

1) Berikut adalah kategori yang akan dipertandingankan :-

a) Bawah 12 tahun ( lelaki dan wanita)
b) Bawah 15 tahun (lelaki dan wanita)
c) Bawah 18 tahun ( lelaki dan wanita)

2) Yuran Penyertaan

a) Bawah 12 tahun = RM 25.00
b) Bawah 15 tahun = RM 35.00
c) Bawah 18 tahun = RM 35.00

3) Jumlah permainan / games

a) Bawah 12 tahun = 4 games
b) Bawah 15 tahun = 6 games
c) Bawah 18 tahun = 6 games

4) Pendaftaran pemain

Pendaftaran boleh dibuat pada selewat-lewatnya pada 9hb Disember 2009 pada jam 9.30 pagi di Daiman Bowl, Johor Jaya Johor Bahru.

5) Pertanyaan sila hubungi

En. Zahari
016-7177961 (h/p)
07-2279254 (ofs)







16 November 2009

Perlawanan Persahabatan Bersama Ultimate Squasher dari Singapura

Tarikh : 15hb November 2009
Tempat : Royal Johor Country Club, Johor Bahru
Penglibatan : 30 Orang Atlet
(Atlet PLN Sukan Skuasy dan Ultimate Squasher Singapura)
Anjuran : USPTN Johor


Untuk makluman, buat pertama kalinya, satu perlawanan persahabatan dengan Team Ultimate Squasher telah diadakan bertempat di Royal Johor Country Club, Johor Bahru pada 15hb November 2009 bagi Program Sukan Skuasy USPTN Johor. Program ini dijalankan bermula jam 9.00pagi sehingga jam 3.00petang.

Matlamat program ini adalah untuk jurulatih-jurulatih menilai tahap prestasi setiap atlet masing-masing. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana setiap atlet menonjolkan sifat daya saing antara satu sama lain dan menunjukkan bakat serta kebolehan untuk menempatkan diri sebagai yang terbaik. Manakala, kehadiran dan sokongan ibu bapa lebih memberi semangat kepada para atlet ketika perlawanan dijalankan. Sehubungan itu, pihak kami berharap agar sokongan ini akan berterusan sepanjang perkembangan Sukan Skuasy di Negeri Johor.

Oleh itu, pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang terlibat terutama sekali pihak Team Ultimate Squasher dari Singapura kerana sudi untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama USPTN Johor. Semoga  program bersama ini akan dijalankan berterusan bersama pihak Team Ultimate Squasher pada masa akan datang.


Della & Sandra from Ultimate Squasher, Singapore


Atlet-atlet PLN Sukan Skuasy Negeri Johor bersama atlet-atlet dari Team Ultimate Squasher, Singapura


Perbezaan program ini adalah perlawanan diadakan tidak mengikut had umur dan jantina.
Contoh : atlet berumur 8 tahun turut digandingkan berlawan dengan atlet berumur 12 tahun, manakala ada juga atlet lelaki berlawan dengan atlet perempuan. Ini kerana jurulatih ingin mencari satu kelainan dalam menilai dan mengukur tahap prestasi atlet masing-masing.

 
Kehadiran ibu bapa dari kedua-dua pasukan telah memberi semangat kepada semua atlet yang bertanding.
KU USPTN Johor turut memberi sokongan kepada semua yang terlibat.


Atlet-atlet turut mendapat tunjuk ajar corak permainan dan sokongan dari jurulatih-jurulatih.

Ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Sekian.

Pemantauan Latihan Sukan Boling

TARIKH : 14HB NOVEMBER 2009 MASA : 1.30-3.00 PETANG TEMPAT : PUSAT LATIHAN DYNAMIC BOWL, DANGA CITY MALL JOHOR BAHRU



PROGRAM : Triple A @ AAA
MASA : 12.00 tgh- 2.00 petang

JUMLAH KEHADIRAN : 12 orang atlet JURULATIH : Liow Sun Lai



jurulatih yang tidak jemu- jemu melatih atlet dan komitmen seperti ini amat diperlukan bagi menaikan martabat sukan boling di negeri Johor.


Program : Double A @ AA
Masa : 2-oo -4 Petang
Kehadiran : 6 orang atlet
jurulatih : Mohd Hanif

program latihan bermula dengan strecthing


taklimat daripada jurulatih

sesi warm- up

future bowlers


sokongan padu daripada ibu-bapa amatlah diharapkan bagi bersama-sama membangunkan sukan boling di Negeri Johor

ucapan terima kasih kepada penggalak-penggalak sukan iaitu pusat boling, jurulatih, ibu-bapa, atlet dan Majlis Sukan Negeri Johor.