23 November 2009

PROGRAM PENILAIAN DAN PEMILIHAN ATLET 2010

TARIKH : 22 NOV 2009
TEMPAT : DYNAMIC BOWL, DANGA CITY MALL JOHOR BAHRU
MASA : 11.OO PG- 200 PTG

Dimaklumkan bahawa, Unit Sukan Prestasi Tinggi dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor dan Persatuan Sukan Tenpin Bowling Johor telah menjayakan program Penilaian dan Pemilihan Atlet 2010 pada 22 November 2009 bertempat di Dynamic Bowl, Danga City Mall Johor Bahru Johor . Program tersebut merupakan salah satu program tahunan yang diadakan setiap tahun bagi tujuan penilaian kepada atlet2 program tahun tersebut dan juga pemilihan atlet baru bagi negeri Johor. Program ini dikendali oleh panel-panel pemilih yang telah dilantik oleh Malaysian Tenpin Bowling Congress dan Majlis Sukan Negara Malaysia dibantu oleh jurulatih-jurulatih sambilan Majlis Sukan Negara Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor. Program ini dihadiri oleh panel pemilih yang di ketuai oleh Ketua Jurulatih Pembangunan Malaysia iaitu Mr. Fong Tak Meng dan dibantu oleh En. Azidi Ameran bekas atlet Kebangsaan. Selain itu, program diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Kejurulatihan Boling MTBC iaitu Mr Tony. Program ini dijalankan secara 2 sesi iaitu sesi pertama melibatkan hanya atlet baru dan sesi kedua melibatkan atlet baru yang terpilih dan atlet lama program. Seramai 78 orang peserta yang menyertai program pada kali ini.

penyertaan :

lelaki : 56 orang
wanita : 22 orang
jumlah : 78 orang


berikut adalah aksi -aksi sepanjang program yang dijalankan

Sesi Pendaftaran atlet


Sesi Bergambar dengan peserta-peserta baru




aksi-aksi peserta baru




Sesi bergambar peserta baru dan atlet program 2009

Add Image
Add Video
Remove Formatting from selection
aksi atlet program AA, AAA dan Atlet Baru



Panel jurulatih yang menilai atlet

idola semua atlet program

En. Azidi Ameran sekarang memegang jawatan jurulatih pembangunan di MTBC


Turut hadir

Mr Tony, Ketua Kejurulatihan MTBC merperkatakan sesuatu kepada SDO dan jurulatih


terakhir perbincangan pemilihan atlet bersama-sama jurulatih, wakil persatuan, dan panel pemilihan

Pemilihan yang dibuat dengan keputusan bersama


Ucapan terima kasih kepada panel jurulatih, jurulatih USPTN Johor , PSTBJ dan ibu-bapa yang turut serta di dalam program yang dijaya. Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet yang akan terpilih menyertai Program UNit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor Bagi Tahun 2010 dan kepada yang tidak berjaya tingkat usaha dan cuba lagi pada tahun akan datang.


Satu perbincangan bersama ibu-bapa atlet bawah 11 tahun berkenaan program single a atau bawah 12 tahun. Tujuan utama adalah bagi membentuk pasukan pelapis di kalangan atlet bawah 12 tahun. Makluman program ini akan dijayakan tetapi ianya dikenakan bayaran.



Sdo memberi taklimat berkenaan serba sedikit berkenaan program u-12 yang dirancang bakal dilaksanakan pada tahun 2010 melalui kerjasama jurulatih dan ibu-bapa.

"Doakan kejayaan Atlet dan Program Pelapis"

"amin"

No comments:

Post a Comment