16 November 2009

Perlawanan Persahabatan Bersama Ultimate Squasher dari Singapura

Tarikh : 15hb November 2009
Tempat : Royal Johor Country Club, Johor Bahru
Penglibatan : 30 Orang Atlet
(Atlet PLN Sukan Skuasy dan Ultimate Squasher Singapura)
Anjuran : USPTN Johor


Untuk makluman, buat pertama kalinya, satu perlawanan persahabatan dengan Team Ultimate Squasher telah diadakan bertempat di Royal Johor Country Club, Johor Bahru pada 15hb November 2009 bagi Program Sukan Skuasy USPTN Johor. Program ini dijalankan bermula jam 9.00pagi sehingga jam 3.00petang.

Matlamat program ini adalah untuk jurulatih-jurulatih menilai tahap prestasi setiap atlet masing-masing. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana setiap atlet menonjolkan sifat daya saing antara satu sama lain dan menunjukkan bakat serta kebolehan untuk menempatkan diri sebagai yang terbaik. Manakala, kehadiran dan sokongan ibu bapa lebih memberi semangat kepada para atlet ketika perlawanan dijalankan. Sehubungan itu, pihak kami berharap agar sokongan ini akan berterusan sepanjang perkembangan Sukan Skuasy di Negeri Johor.

Oleh itu, pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang terlibat terutama sekali pihak Team Ultimate Squasher dari Singapura kerana sudi untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama USPTN Johor. Semoga  program bersama ini akan dijalankan berterusan bersama pihak Team Ultimate Squasher pada masa akan datang.


Della & Sandra from Ultimate Squasher, Singapore


Atlet-atlet PLN Sukan Skuasy Negeri Johor bersama atlet-atlet dari Team Ultimate Squasher, Singapura


Perbezaan program ini adalah perlawanan diadakan tidak mengikut had umur dan jantina.
Contoh : atlet berumur 8 tahun turut digandingkan berlawan dengan atlet berumur 12 tahun, manakala ada juga atlet lelaki berlawan dengan atlet perempuan. Ini kerana jurulatih ingin mencari satu kelainan dalam menilai dan mengukur tahap prestasi atlet masing-masing.

 
Kehadiran ibu bapa dari kedua-dua pasukan telah memberi semangat kepada semua atlet yang bertanding.
KU USPTN Johor turut memberi sokongan kepada semua yang terlibat.


Atlet-atlet turut mendapat tunjuk ajar corak permainan dan sokongan dari jurulatih-jurulatih.

Ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Sekian.

1 comment: