30 November 2009

SOFT LAUNCHING SUKAN JOHOR,MUAR 2009



Majlis disempurnakan Tn Haji Mislan bin Karmani, Pegawai Daerah Muar pada jam 1.01 petang



Maskod Sukan Johor, Muar 2009 adalah SANG JAGOH.....



Tn Haji Mislan bin Karmani mengetuai konvoi bermotosikal ke daerah Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai Jaya




Tuan Haji Mislan bin Karmani menandatangani cenderamata sebagai bukti kunjungan rombongan telah sampai ke Pejabat Daerah Kulai Jaya sambil disaksikan sendiri oleh Tuan Pegawai Daerah Kulai Jaya, Tuan Haji Elias bin Harsan.


Majlis 'Soft Lunching' Sukan Johor, Muar 2009 kali ke 5 telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Pegawai Daerah Muar, Tn Hj Mislan bin Karmani pada 22 November 2009 di Weter Parade, Muar, Johor.

Pada 23hb November 2009, Tuan Haji Mislan bin Karmani telah mengetuai konvoi bermotosikal ke daerah Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai Jaya bagi menjemput Pegawai Daerah tersebut untuk menjemput menyertai Sukan Johor, Muar 2009

LATARBELAKANG SUKAN JOHOR
Sukan Johor kali pertama telah diadakan pada tahun 1997 dan masa itu daerah Kluang telah menjadi tuan rumah. Pada tahun 1999, Sukan Johor kedua sekali lagi dianjurkan di daerah Kluang dan pada tahun 2001, Kota Tinggi telah menjadi tuan rumah Sukan Johor kali ke 3 pada masa itu. Pada tahun 2004, daerah Johor Bahru telah berjaya menganjurkan Sukan Johor kali ke 4. Johor Bahru telah memenangi Johan Keseluruahan ke semua Sukan Johor tersebut yang pada masa itu melibatkan lapan (8) buah daerah.

Berbeza tahun ini, sepuluh (10) buah daerah akan mengambil bahagian iaitu dua (2) pertambahan daerah baru - Ledang dan Kulai Jaya.

TARIKH RASMI PERTANDINGAN SUKAN JOHOR MUAR 2009
26 - 28hb Disember 2009

JENIS SUKAN DIPERTANDINGANKAN
1. Ping Pong
2. Silat Olahraga
3. Badminton
4. Sepak Takraw
5. Olahraga
6. Berbasikal (Lebuh raya)
7. Memanah

sekian

No comments:

Post a Comment