07 December 2009

KEM TAHUNAN PELAPIS NEGERI 2009



KEM TAHUNAN PELAPIS NEGERI 2009
Tarikh : 7 - 13 Disember 2009
Tempat : Kolej Kediaman Antarabangsa Ibu Zain, UKM Bangi
Anjuran : Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia


Dimaklumkan bahawa, Majlis Sukan Negara Malaysia melalui Cawangan Pelapis sedang mengelolakan Kem Tahunan Pelapis 2009 di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 7 - 13 Disember 2009. Dijangka seramai 287 jurulatih, atlet & urusetia akan terlibat bagi kem ini melibatkan 7 sukan iaitu angkat berat, memanah, terjun, menembak, gimrama, gimnastik artistik dan olahraga. Seramai 21 orang atlet, 5 orang jurulatih dan seorang pegawai (PPN) dari Pelapis Johor telah dipilih mengikuti kem tahunan ini.


Pergerakan mereka ke Kem Tahunan Pelapis Negeri tersebut telah disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor dengan menaiki bas Majlis sendiri. Sokongan yang jitu Majlis Sukan Negeri Johor terhadap Program Pelapis Negeri Johor amatlah kami hargai.

No comments:

Post a Comment