di antara atlet pelapis negeri Johor yang mewakili daerah Johor Bahru............. go...go..pelapis
Kejuaraan Pencak Silat Sukan Johor d Muar 2009 membuka gelanggangnya pagi td (24 Dis 2009) walaupun sebelum ini berbagai permasalahan wujud. Inilah masa para atlet silat seluruh daerah menunjukkan bakat kepada seluruh warga negeri Johor dan juga kakitangan MSN Johor yang mengambil peluang ini bagi memilih para atlet untuk diserapkan ke dalam program SUKMA Johor dan Pelapis Negeri Johor.
Pelapis Negeri Johor pada kali ini terpaksa membahagi kepada dua (2) pasukan silat mereka kerana atlet yang terbaik telah dihantar menyertai pertandingan silat antara pusat latihan pelapis negeri Johor di Kedah yang bermula 23 - 28 Disember 2009 dan Sukan Johor bagi mewakili pasukan daerah Johor Bahru bermula 23 - 28 Dis 2009.
Kepada mereka semua selamat bertanding dan semoga berjaya.
No comments:
Post a Comment