22 December 2009

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BERPASUKAN ANTARA PUSAT LATIHAN PELAPIS 2009

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BERPASUKAN ANTARA
PUSAT LATIHAN PELAPIS NEGERI 2009

Tarikh : 11 - 13 Dis 2009
Tempat : Dewan Bola Keranjang Negeri Johor

Pertandingan ini telah mempertandingkan acara berpasukan bawah 21 tahun yang mengandungi 3 regu iaitu regu bawah 21 tahun, regu bawah 18 tahun dan beregu bawah 21 tahun. Pusingan pertama telah dijalankan secara peringkat satu pusingan yang terdiri kumpulan A dan Kumpulan B. Johan dan naib johan kumpulan A dan B akan layak bertandingan peringkat kalah mati. Seramai 113 orang pegawai, jurulatih dan atlet telah didaftarkan yang terdiri 8 orang pegawai, 23 orang jurulatih dan 90 atlet.

8 buah Pusat Latihan Pelapis Negeri telah mengambil bahagian iaitu : -

1. Johor - PLPN Tangkak
2. Johor - PLPN SSBP
3. Selangor
4. Pulau Pinang
5. Kedah
6. Kelantan
7. Negeri Sembilan
8. Perak

Pertandingan ini telah dimenangi oleh : -

Johan : Johor - PLPN SSBP
Naib Johon : Kelantan
Ketiga Bersama : Johor _ Tangkak & Selangor

Pihak USPTN Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau langsung di dalam menjayakan pertandingan ini: -

1. Cawangan Pelapis, MSNM
2. Majlis Sukan Negeri Johor
3. Majlis Perbandaran Pasir Gudang
4. Perbadanan Stadium Johor
5. Persatuan Sepak Takraw Negeri Johor
6. Dewan Bola Keranjang Negeri Johor
7. Nestle (MILO - Minuman)
8. Gajah Emas ( Kelengkapan Pertandingan)


pengundian kumpulan.....................


mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang telah dipengerusi oleh Ketua Unit,
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor



atlet pelapis dari Pusat Latihan Pelapis Negeri Tangkak................


Sekian

No comments:

Post a Comment