20 December 2009

SAMBUTAN WIRA MALAYSIA




Tn Haji Ismail Abd Rahman, Pengarah MSN Johor menyambut kepulangan Muhammad Farhan pemenang pingat emas tinju SEA GAME 2009.




antara peminat yang sempat bergambar kenangan .......... dah ada peminta...



Tarikh : 19hb Disember 2009
Tempat : Senai International AirPort, Johor

Masa : 7.15 malam


MOHD FARHAN BIN HJ HARON & MUHAMMAD ALI BIN ABD KARIM telah memenangi pingat Emas dan Gangsa di SEA GAME d' LOAS bagi acara tinju kategori 75kg yang lalu.

Mereka ini juga merupakan atlet sandaran Johor bagi memenangi pingat di SUKAN MALAYSIA (SUKMA 2010).

Sambutan ringkas tapi penuh bermakna kepada kedua-dua petinju ini. Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Tn Hj Ismail bin Abdul Rahman sendiri menyambut kepulangan mereka sambil diiringi beberapa pegawai dari Majlis Sukan Negeri Johor, Persatuan Tinju Amatur Johor, ahli keluarga, atlet dari Pelapis dan SUKMA dan sahabat handai mereka berdua.

Selain itu, terdapat juga beberapa orang wartawan dari beberapa media cetak dan elektronik menanti bagi menemubual mereka. Terima Kasih kepada wartawan-wartawan yang hadir. Sokongan anda semua amatlah dihargai.

Terima kasih juga kepada pihak Air Port Senai, pesilat pelapis, pasukan kompang, dan En Zainal diatas bantuan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment