MESYUARAT JKK MEMANAH 01/10
TARIKH : 09.02.2010
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : MSNJ
Johor Bahru, USPTN Johor telah mengaturkan satu mesyuarat JKK Sukan Memanah 01/10 bagi membentangkan dan membincangkan program 2010. Pihak Persatuan Memanah Negeri Johor yang diwakil Tn Hj Zaini tiada halangan bagi pihak USPTN Johor melantik JSM baru bagi menggantikan En Abdul Rahman bin Saayon untuk meneruskan usaha melahirkan atlet yang berpontensi dan terbaik di negeri Johor.
Penyelarasan bersama program pelapis negeri dan SPTN akan dieratkan lagi bagi saling membantu pembangunan atlet sukan menanah di negeri Johor terutama didalam pertandingan dan latihan.
Sekali lagi, USPTN Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Memanah Johor dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor) di atas kerjasama yang diberikan. Diharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan dan tingkatkan lagi secara bersama.
No comments:
Post a Comment