10 February 2010

Ujian Kecergasan Atlet Pelapis ke SUKMA XIII

Pada 10 hingga 11 Februari 2010 yang lalu, sesi ujian kecergasan telah dilakukan untuk merekod dan menguji tahap kecergasan atlet-atlet yang akan mewakili Negeri Johor ke temasya SUKMA XIII di Melaka nanti. Sesi ujian kecergasan yang dikendalikan oleh ISN cawangan Johor Bahru ini turut disertai oleh atlet-atlet Pelapis Negeri Johor yang telah dipilih untuk mewakili Negeri Johor kelak. SDO Black sempat meluangkan masa untuk memantau sesi ujian kecergasan untuk atlet sukan angkat berat dan pencak silat di Dewan Terbuka Akademi Serantau Zon Selatan.

Antara ujian yang dilakukan adalah seperti vertical jump, standing long jump, sit and reach, push-up, sit-up, dan juga bleep test.


Ukuran tinggi dan berat, serta ujian sit and reach.


Standing long jump


Push-up


Vertical jump


Sit-up


Bleep test


Secara keseluruhannya, keputusan ujian yang diperoleh oleh atlet Pelapis yang menjalani ujian tersebut adalah memuaskan, dan masih boleh dipertingkatkan lagi.

Semoga dengan adanya ujian kecergasan seperti ini, atlet-atlet Pelapis yang telah dipilih oleh Negeri Johor untuk beraksi di SUKMA kelak akan lebih gigih berusaha untuk mencabar keupayaan diri, sekaligus mempamerkan persembahan terbaik bukan sahaja di SUKMA, malah juga di setiap kejohanan yang disertai.


..

1 comment: