KUNJUNGAN YB PENGERUSI J/K BELIA & SUKAN NEGERI JOHOR
KE YAYASAN KEBAJIKAN ATLET KEBANGSAAN
Bukit Jalil, 23hb September 2010, Satu idea yang amat baik dari YB Pengerusi J/K Belia dan Sukan Negeri Johor yang bercadang untuk menubuhkan satu badan yang akan menjaga kebajikan para atlet negeri Johor sama ada yang masih aktif atau telah bersara dari bidang sukan. Sehubungan itu, kunjungan ke Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan adalah perkara yang dirancang untuk mendapatkan gambaran di dalam berberapa perkara sepertimana kaedah pelaksanaan dan bentuk kebajikan yang ditawarkan kepada para atlet.
Namun perkara ini masih lagi diperingkat kajian secara terperinci agar kewujudan badan ini kelak bukan hanya pada nama tapi biarlah pada aktiviti dan pengisian.
Sekian