30 September 2010

LAWATAN YB EXCO BELIA & SUKAN

KUNJUNGAN YB PENGERUSI J/K BELIA & SUKAN NEGERI JOHOR
KE MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
24HB SEPTEMBER 2010

Bukit Jalil, 24hb September 2010 ; Seramai 15 orang  yang terdiri daripada ahli-ahli Lembaga Pengurus dan kakitangan-kakitangan Majlis Sukan Negeri Johor yang diketuai oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor selaku Pengerusi Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Johor telah mengadakan kunjungan hormat dengan YBhg Datuk Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia.

Tujuan utama kunjung hormat ini adalah mempereratkan lagi hubungan diantara Majlis Sukan Negara bersama Majlis Sukan Negeri Johor di dalam semua bidang. Banyak perkara yang telah dibincangkan secara bersama terutama berkaitan bantuan untuk mendapatkan khidmat kepakaran jurulatih dan juga beberapa bantuan bagi meningkatkan lagi mutu sukan di negeri Johor.

YBhg Datuk Zolkples Embong turut menyatakan Johor diantara negeri yang paling banyak melaksanakan program Pelapis Negeri dan juga menerima bantuan tahunan.Selain itu, isu insentif kemenangan juga dimaklumkan kerana sejak akhir-akhir ini terdapat hampir sama kadar insentif kemenangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada atlet yang memenangi pingat diperingkat SUKMA dengan atlet yang mewakili Malaysia di SEA Games.

Diharap dengan perjumpaan ini, MSNM akan terus menyalurkan peruntukan-peruntukan tambahan dan khidmat kepakaran jurulatih terutama didalam persiapan kontinjen Johor ke SUKMA 2012 kelak.

Sekian.




No comments:

Post a Comment