28 September 2010

LATIHAN BERSAMA

LATIHAN BERSAMA 
PELAPIS NEGERI JOHOR DENGAN
SEKOLAH MENENGAH ATAS TUNAS BANGSA ACHEH, INDONESIA

Johor Bahru; Pada 28hb September - 2hb Oktober 2010, Pasukan Angkat Berat dan Badminton Pelapis Negeri Johor akan mengadakan latihan dan pertandingan persahabatan dengan Sekolah Menengah Atas Tunas Bangsa Acheh, Indonesia di Pusat Latihan Pelapis Serantau di Johor Bahru bagi sukan angkat berat dan Pusat Latihan Pelapis Negeri sukan badminton.

Sekolah Menengah Atas Tunas Bangsa Acheh, Indonesia sedang mengadakan rangka lawatan ke Sekolah Sukan Bandar Penawar bersama beberapa para pegawai dan atlet yang terdiri dari sukan karate, olahraga, angkat berat, pencak silat, bola tampar, badminton, bola keranjang dan lawan pedang mulai 27hb September hingga 3hb Oktober 2010. Hampir seramai 89 orang pegawai dan atlet yang turut serta di dalam rombongan ini.

Program Pelapis Negeri Johor mengambil peluang dengan adanya program  sebegini bagi bertukar-tukar pandangan di dalam program dan kaedah latihan. Program ini juga akan mempereratkan lagi hubungan dua hala diantara Indonesia dan Malaysia.

Pihak kami akan update dari masa ke semasa terutama gambar aksi mereka semalam latihan dan pertandingan.


No comments:

Post a Comment