21 September 2010

PEMANTAUAN/PERJUMPAAN ATLET DAN COACH PELAPIS

PERJUMPAAN SDO/PEGAWAI ISN BERSAMA ATLET SERTA COACH GIMNASTIK/GIMRAMA/MEMANAH (PELAPIS SERANTAU/NEGERI)
TARIKH: 20/09/2010
MASA: 3.00-5.00 ptg
ATLET: GIMNASTIK (15ORG)
MEMANAH (12 ORG)
OLAHRAGA (6 ORG)
COACH: EN THAKIB/EN BADRUL/EN NAZRI/EN KHAIRUDDIN/STANOY


Satu perjumpaan bersama atlet di SSBP telah diadakan selepas sesi persekolahan bermula.Semua atlet telah mula menjalankan latihan seperti biasa bermula 20/09/2010 setelah seronok berhari raya di kampung. Pegawai yang terlibat ialah Pegawai ISN (Pemakanan) dari Pusat Satelit ISN Johor iaitu Cik Risnainy dan seorang Pegawai Pembangunan Negeri dari USPTN Johor iaitu Cik Radziah. Cik Risnainy telah dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan supplement kepada atlet-atlet Pelapis Serantau di SSBP ,yang dibekalkan dari Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara. Cik Risnainy juga telah memberi taklimat kepada atlet2 tersebut tentang cara pengambilan supplement2/vitamin2 yang betul kepada atlet2 tersebut. Atlet2 juga amat teruja dengan bekalan supplement tersebut. Terima kasih diucapkan kepada pihak Caw. Pelapis kerana sentiasa memberi seberapa banyak bantuan kepada atlet tersebut bagi meningkatkan lagi prestasi sukan mereka.

Disamping itu, Pegawai Pembangunan Negeri iaitu Cik Radziah telah pun menjalankan perjumpaan bersama atlet serta jurulatih Gimnastik dan Memanah bagi membincangkan prestasi atlet serta program2 akan datang. Berikutan kedua-dua sukan ini akan menghadapi sebuah lagi pertandingan peringkat kebangsaan atlet dan coach dinasihatkan untuk berlatih dengan lebih gigih dan konsisten. En Thakib juga telah memaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan telah pun melantik seorang lagi Jurulatih Penuh masa (memanah) bermula hujung tahun 2010 iaitu En Halim dari negeri Perak. Diharap dengan kehadiran beliau di sekolah tersebut akan membantu meningkatkan lagi prestasi sukan memanah SSBP.
Disamping itu juga, sedikit pantauan telah dibuat bagi sukan Takraw SSBP kerana Sukan Sepak Takraw di SSBP juga merupakan PLN bagi Pelapis Johor.

Diharap dengan kerjasama yang baik antara SSBP dan pihak Majlis Sukan Negara akan berterusan selamanya. Ini adalah demi meningkatkan mutu sukan bukan sahaja di Negeri Johor malahan di puncak mata dunia.
MALAYSIA BOLEH!!!!


TAKLIMAT BERSAMA ATLET SERANTAU OLAHRAGA


PENGAGIHAN SUPPLEMENT KPD ATLET



TAKLIMAT KPD ATLET SERANTAU GIMNASTIK



BERSAMA ATLET PELAPIS NEGERI/SERANTAU GIMNASTIK

PERBINCANGAN BERSAMA JURULATIH




ATLET SEDANG MENJALANKAN LATIHAN BERSAMA COACH LUAR NEGARA





SEDIKIT PANTAUAN BAGI PLN TAKRAW SSBP.

No comments:

Post a Comment