05 October 2010

Program Tindik Angkat Berat

Latihan Bersama Pelapis Serantau dan 
Sekolah Menengah Atas Negeri 9 Tunas Bangsa, Acheh
28 September hingga 2 Oktober 2010
Akademi Serantau Zon Selatan


Program tindik angkat berat ini telah disertai seramai 25 orang atlet yang terdiri daripada pasukan Pelapis Johor, Pasukan Pembangunan Majlis Sukan Negeri Johor, atlet Pelapis Serantau, dan juga atlet dari Sekolah Tunas Bangsa, Acheh.

Program selama 5 hari ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti sesi latihan, sesi motivasi yang dikendalikan oleh pihak Institut Sukan Negara cawangan Larkin, pertandingan mini, dan juga aktiviti melawat kawasan-kawasan persiaran di sekitar Johor Bahru.

Secara keseluruhan, program ini telah memberi pendedahan bukan sahaja kepada atlet, tetapi juga kepada jurulatih yang terlibat kerana telah didedahkan dengan teknik-teknik latihan yang berbeza.

Semoga program seperti ini akan dapat diadakan dengan lebih kerap lagi, dengan melibatkan lebih banyak pasukan dari negara-negara luar demi kemajuan sukan angkat berat.







..

1 comment: