10 August 2011

KEHILANGANNYA SEBUTIR PERMATA


(STEPHANIE LEE YING)

Stephanie Lee Ying merupakan atlet Gimrama Negeri Johor berusia 8 tahun. Telah mula berlatih pada bulan Ogos 2010 di bawah bimbingan jurulatih Gimrama Johor iaitu Miss Teo Teng Teng. Adik Stephanie amat berbakat dalam sukan Gimrama. Beliau telah menunjukkan tahap prestasi yang baik pada setiap pertandingan yang disertai. Beliau adalah seorang atlet yang agresif dan bijak.

Pada 28 Julai 2011 yang lalu, Beliau bersama keluarga telah pun merancang untuk bercuti ke Kuala Lumpur. Disebabkan minat dan semangat beliau untuk tidak meninggalkan sesi latihan pada hari sabtu, ibu-bapa beliau sanggup bertolak awal (khamis) bagi memastikan beliau sempat pulang untuk menjalani latihan pada hari sabtu. Namun pada hari tersebut, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, jam 8.30 malam beliau dan keluarga telah terlibat dengan kemalangan di Highway 188km. Adik Stephanie dikatakan tercampak keluar dari kereta ayahnya dan beliau telah meninggal dunia di tempat kejadian. Walau bagaimanapun ayah dan ibu beliau terselamat.

Negeri Johor telah kehilangan seorang atlet gimrama yang berbakat besar yang tiada gantinya. Kehilangan beliau amat dirasai oleh pasukan gimrama Johor terutamanya rakan sepasukan dan jurulatih beliau iaitu Miss Teo Teng Teng. Beliau juga mempunyai cita-cita untuk menyertai National Team pada masa akan datang. Semoga Mendiang aman di tempatnya.

TAKZIAH DARI KAMI WARGA PELAPIS JOHOR


(mendiang ujung dari kanan)


(semasa Karnival Pelapis di Kelantan baru-baru ini)

No comments:

Post a Comment