04 August 2011

SEGULUNG TAHNIAH UNTUK PEMANAH KELAHIRAN JOHOR


Masih tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada atlet memanah kelahiran Johor ini iaitu adik Haziq B Kamaruddin kerana telah melayakkan diri ke Temasya Sukan Olimpik 2012.
Haziq adalah seorang atlet dibawah program Pelapis sejak tahun 2006 dimana beliau telah bersekolah di Sekolah Sukan Bandar Penawar yang kini dikenali sebagai Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dari tahun 2006-2008. Selepas itu beliau telah diserapkan ke Program Pelapis Serantau Zon Selatan iaitu di bawah bimbingan Jurulatih Lim Geok Pong dan di situ bakat beliau telah diasah lagi sehingga beliau kemudian diserapkan ke Pelapis Kebangsaan pada bulan Febuari 2009.
Dibawah bimbingan Jurulatih Kebangsaan iaitu En Othman Wahab adik Haziq mula menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Dimana beliau telah berjaya membuat rekod peribadi beliau dengan score tertinggi 1311 di Kejohanan Memanah Kebangsaan. Dan kini adik Haziq telah pun berada di Squad Elit Pemanah Malaysia dan berjaya melayakkan diri ke Temasya Sukan Olimpik 2012. Moga kejayaan beliau ini menjadi pembakar semangat kepada atlet-atlet Pelapis Johor yang lain dengan menjadikan beliau sebagai idola serta berjuang untuk menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

(Saat-saat gembira beliau apabila berjaya meraih pingat Emas untuk negeri Johor di SUKMA 2012)

1 comment: