04 August 2011

PERJUMPAAN BERSAMA JSM MEMANAH DI SSTMI

PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH MEMANAH SSTMI

Tarikh : 2 Ogos 2011
Masa : 4.00 Petang
JSM : Md. Thakib B abdullah


Pada hari selasa yang lalu, PPN Radziah telah pun ke SSTMI untuk berjumpa bersama dengan JSM Memanah iaitu En. Thakib. Pada hari tersebut juga atlet tidak menjalankan sebarang latihan kerana atlet baru sahaja pulang dari cuti di kampung dan jurulatih memaklumkan latihan tetap dijalankan pada bulan puasa cuma akan dikurangkan pengisiannya.

Perjumpaan kali ini adalah untuk membincangkan sedikit sebanyak permasalahan latihan yang
timbul di SSTMI. PPN telah memaklumkan perubahan tarikh Karnival Pelapis kepada jurulatih dan meminta beliau untuk lebih bersedia dengan kejohanan tersebut agar prestasi atlet SSTMI lebih menyerlah pada Karnival akan datang. Dikesempatan itu juga jurulatih sempat menyerahkan beberapa dokumen penting untuk simpanan PPN.

Isu-Isu yang diperbincangkan:-

1. Tahap prestasi atlet yang semakin menurun, PPN meminta JSM untuk kerja lebih keras sedikit bagi memastikan prestasi atlet berada di tahap yang memuaskan.

2. JSM memaklumkan kebanyakkan atlet kekurangan Arrow di mana kebanyakkan arrow mereka telah rosak.

3. JSM juga memaklumkan bahawa sepatutnya pihak sekolah telah membawa atlet memanah ke kejohanan di Thailand namun di saat-saat akhir team memanah sekolah dikeluarkan dari senarai berikutan penyertaan yang kurang dari negara lain dan atlet sedikit kecewa dengan keputusan itu.

Segala isu-isu di atas akan diambil tindakan oleh PPN dan JSM tersebut.
Sekian terima kasih.

Gambar-gambar PLN Memanah di SSTMI

No comments:

Post a Comment