14 February 2012

PEMANTAUN PUSAT LATIHAN MENEMBAK


PEMANTAUN PUSAT LATIHAN MENEMBAK
11 Febuari 2012


Pada hari Sabtu yang lalu, Pegawai Pembangunan sukan Menembak (Cik Siti Radziah) telah pun memantau ke pusat latihan Menembak di Batu Pahat. Beliau telah memantau pusat latihan tersebut bersama Pegawai Pusat Satelit ISN Larkin iaitu Puan Azura (Psychology) & Cik Durrah (Pemakanan).

Semasa sampai di Pusat Latihan tersebut pada jam 10.30 pagi, atlet untuk sesi pagi telah hampir
tamat latihan kerana pada hari tersebut adalah sesi ganti cuti sekolah dan jurulatih memaklumkan untuk latihan sesi petang pula bermula jam 2 ptg, dan pihak kami menunggu sehingga jam 2 untuk membuat sesi perjumpaan bersama atlet dan juga sesi Psychology serta Pemakanan dari Pegawai ISN. Sesi taklimat oleh pegawai dari ISN tersebut adalah program berterusan khas untuk atlet SUKMA serta PELAPIS Johor, dan kami amat berharap agar program-program seperi ini dapat dikekalkan dan dipelbagaikan untuk mempertingkatkan lagi prestasi atlet semasa pertandingan.


PPN juga telah berjumpa dan berbincang bersama Jurulatih Penuh masa En Subari dan JSM En Nasir berkenaan perancangan program 2012. Jurulatih telah bersetuju untuk menjalankan TID 2012 selepas UPSR tamat. JPM juga berharap agar bajet untuk kejohanan menembak akan datang dapat disegerakan agar tidak timbul sebarang masalah. Segala isu yang dibangkitkan telah diambil maklum oleh PPN Radziah.

Tepat jam 5 petang sesi latihan tamat dan pihak kami pulang ke Johor Bharu dengan selamat. Terima kasih diucapkan kepada atlet dan jurulatih di atas kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepada Pegawai ISN Larkin diatas kerjasama anda dan pihak kami berharap jalinan kerjasama antara ISN dan USPTN dapat terus dikekalkan. Sekian Terima Kasih.

Atlet/Jurulatih/Pegawai bergambar bersama




Sesi 'Talk' Psychology oleh Puan Azura


Sesi Latihan Pagi

No comments:

Post a Comment