05 February 2012

TINJAUAN LATIHAN ATLET TERJUN JOHOR

Tarikh : 4hb Feb 2012
Tempat : Kolam Renang MBJB

Pelbagai usaha akan dilaksanakan tahun ini bagi memastikan sukan terjun akan terus meningkatkan dan melahirkan atlet sukan terjun yang benar-benar mampu membawa cabaran khususnya di kejohanan MSSM dan SUKMA 2012 ini.

Dengan keperluan dan tempat latihan yang terhad ini dan kepakaran jurulatih yang terbatas, pihak kami akan terus berusaha menambahbaik kemudahan dan meningkatkan kepakaran jurulatih dengan mencadangkan untuk membawa jurulatih dari luar negara.

Namun pihak kami akan sentiasa memberi yang terbaik terutama jurulatih sedia ada En Razif agar usaha dan kerja keras beliau akan dapat melahirkan atlet terbaik suatu masa kelak.

Pada hari ini sesi latihan dimulakan dgn renggangan badan sebelum sesi di dalam kolam. Seramai 7 orang atlet telah hadir pada sesi latihan petang ini.

Sekian

1 comment:

  1. latihan untuk yang tidak terpilih ke kl tempohari masih akan dibuat, cuma buat masa ini jurulatih hendak memberi sedikit tumpuan kepada beberapa atlet yang akan mewakili Johor ke MSSM pada bulan Mac akan datang. Latihan seterusnya akan pegawai kami maklumkan kemudian, diharap pihak tuan/puan dapat bersabar. Pihak kami sedang sudaya upaya untuk mendapatkan jurulatih baru bagi menbantu jurulatih sedia ada berlatih. Jika hanya beliau seorang melatih atlet dengan kuantiti yang ramai dikuatiri beliau tidak dapat memberi tumpuan kepada latihan serta keselamatan atlet tersebut. Harapan kami agar pihak ibubapa sentiasa menyokong di dalam pembangunan sukan terjun di Negeri Johor. Terima kasih.

    ReplyDelete