26 March 2012

JAWATAN KOSONG GRED S27

 IKLAN JAWATAN KOSONG 
DI UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR

MAJLIS SUKAN NEGARA
(UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR)
IKLAN JAWATAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan kosong untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. (a)   JAWATAN                                         :           PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN

    (b)   BADAN BERKANUN
PERSEKUTUAN                             :           MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA  

    (c)   GRED                                                :           S 27

    (d)   KUMPULAN PERKHIDMATAN      :           SOKONGAN

    (e)   KLASIFIKASI PERKHIDMATAN     :           PERKHIDMATAN SOSIAL

    (f)   JADUAL GAJI                                     :           MENGIKUT SKIM S27

    (g)  TARAF JAWATAN                             :           KONTRAK


SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a)       warganegara Malaysia ;

(b)       berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)                 
i)             Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii)            diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 (d)       lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan).


CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang diperolehi daripada Majlis Sukan Negeri Johor (Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor) dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat atau menghantar satu sampul surat berukuran 10cm x 23cm bersetem dan alamat sendiri dengan mencatat ”MOHON BORANG MSNJ/USPTNJ” disudut sebelah kiri sampul surat tersebut.

Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil yag diperlukan hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

Salinan Sijil-Sijil yang perlu dihantar bersama Borang: -

1. Salinan Sijil Kelahiran
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Salinan Lesen Memandu Kenderaan
4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
5. Salinan Sijil SPM atau kelulusan setaraf
6. Salinan Sijil SPTM atau Diploma
7. Sekeping gambar berukuran PASPORT yang terbaru
(tidak dikembalikan)
8. Salinan sijil-sijil ko-kurikulum

Bagi pemohon-pemohon yang masih berkhidmat dimana-mana jabatan Kerajaan perlulah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2011 serta Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.

KETUA UNIT
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR
MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR
ARAS 1, STADIUM TAN SRI DATO’ HAJI HASSAN YUNOS
JALAN DATO’ JAFFAR
80350, JOHOR BAHRU
JOHOR

TARIKH IKLAN       :           26 MAC 2012
TARIKH TUTUP     :           16 APRIL 2012

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sah dokumen-dokumen berikut :-

(i)            Sijil Kelahiran
(ii)          Kad Pengenalan
(iii)         Sijil Berhenti Persekolahan
(iv)         Lain-lain Sijil Kelayakan / Surat Akuan berkaitan


CATITAN AM

(a)  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

(b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c) Segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri.

      Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pentadbiran Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor di talian : 07-2265807 / 07-2279932 / 07-2279254

Sekian

No comments:

Post a Comment