14 March 2012

PEMANTAUAN LATIHAN TERJUN

LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN: TERJUN

Tarikh: 13/03/2012
Masa: 4.00 - 7.00 PTG
Tempat: KOLAM RENANG MBJB LARKIN

Kehadiran: 

1. M. RAZIF RAZA B JONAB - JSM
2. Atlet - 5 lelaki, 5 wanita

LATIHAN
(Bentuk latihan yang sedang dijalankan semasa hari lawatan)

1. DRYLAND TRAINING
2. A,B,C, DIVE FOR GROUP B (straight,pike,tuck)
3. 1 METER DIVE 'A' POSITION FOR GROUP B
3. 1 METER DIVE WITH HARNESS FOR GROUP A (103A)


PERTANDINGAN

1. Seramai 2 orang atlet sedang menyertai pertandingan MSSM di Sabah bermula 11-17 Mac 2012. Iaitu adik Nur Annatasia dan Nur Amira Najiha.


ULASAN


1. Pada hari tersebut cuaca agak tidak mengizinkan untuk atlet menjalankan latihan kerana hujan guruh, namun jurulatih tetap menjalankan latihan bermula pada jam 4 dan berakhir pada jam 7 petang. Pada awal sesi atlet terpaksa menjalankan latihan di kawasan tempat duduk penonton yang berbumbung dan sejam kemudian hujan berhenti dan atlet dibenarkan untuk turun ke kolam seperti biasa.

2. SDO sempat berbincang dan memaklumkan kepada ibubapa yang ada berkenaan pertandingan yang akan disertai pada bulan April akan datang dan diminta untuk atlet supaya berlatih dengan lebih kerap dan tidak ponteng latihan.

3. SDO telah meminta jurulatih untuk memastikan prestasi atlet berada di tahap yang memuaskan untuk dipilih ke kejohanan akan datang kerana hanya atlet yang mempunyai pencapaian yang memuaskan sahaja yang akan di bawa ke pertandingan tersebut.

4. Jurulatih memaklumkan bahawa seorang atlet yang telah pergi ke MSSM di Sabah mempunyai masalah kesihatan semasa hari pertandingan, namun beliau tetap melakukan terjunan dan telah mendapat tempat ke 7 dari 9 peserta. Beliau adalah adik Nur Amira Najiha dan ini merupakan Pertandingan beliau untuk kali yang pertama.

5. Semasa pemantauan kali ini terdapat seorang bekas atlet terjun yang telah berminat untuk menyertai semula program terjun ini, beliau adalah bekas atlet Cik Agnes semasa tahun 2010. Pihak saya amat mengalukan agar atlet-atlet yang telah berhenti dari program ini untuk turut serta semula kerana mereka telah mempunyai beberapa basic terjunan dan   memudahkan jurulatih sedia ada untuk mengasah lagi bakat mereka.

6. Pada perhatian saya JSM yang sedia ada kini amat menunjukkan komitmen yang tinggi di mana beliau kerap menjalankan latihan sebanyak 5 kali seminggu dan latihan yang dijalankan juga hampir 3 jam sehari. Atlet juga kelihatan enjoy semasa menjalankan latihan dengan beliau dan beliau menjalinkan hubungan yang baik sesama atlet serta ibubapa. Pihak saya berharap agar komitmen yang ditunjukkan ini akan berterusan.


Sekian, Terima Kasih.




DRYLAND TRAINING
LOMPAT TANGGA

WALK PRACTICE

 TEKAN TANGAN


A, B C Position

PIKE

 301 DIVE WITH HARNESS

1 METER A (STRAIGHT)







No comments:

Post a Comment