02 March 2012

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
MR NIKOLAEV VICTOR 
JURULATIH LUAR NEGARA SUKAN MENEMBAK 
PUSAT LATIHAN PELAPIS NEGERI JOHOR

Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia kerana bersetuju untuk melantik Mr Nikolaev Victor (Jurulatih Luar Negara) dari Russia untuk ditempatkan di Pusat Latihan Pelapis Negeri Johor di Lapangsasar Menembak Negeri Johor, Jalan Tanjung Laboh, Batu Pahat.

Mr Nikolaev Victor merupakan bekas Jurulatih Luar Negara yang pernah berkhidmat di pusat latihan ini sejak tahun 2000 sehingga 2010 yang lalu. Kini beliau kembali semula dengan semangat untuk membantu Negeri Johor khususnya dan Am untuk Malaysia terus maju dalam sukan menembak ini.

Serba sedikit tentang diri beliau: -
Dilahirkan pada 1hb April 1942

Pencapaian beliau semasa atlet: -

Tahun 1980 : Mewakili Pasukan Utama (USSR)
Shooting prone small bore rifle on 50m – 600 points;
-         Shooting 3 positions small bore rifle on 50m – 1175 points;
-         Shooting 3 positions big bore rifle on 300m – 1157 points;
-         Shooting 3 positions big bore standard rifle on 300m – 572 points;
-         Shooting air rifle (40 shots) – 389 points;
-         Shooting free pistol on 50m – 550 points.

Mewakili Russi di "Championships of Europe" pada tahun 1975 dan 1977. Berjaya memenangi 8 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Majlis Sukan Negeri Johor dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor mengucapkan selamat datang kepada beliau.

 Gambar Terkini : MR NIKOLAEV VICTOR

Gambar pada tahun 1976
Gambar pada tahun 1976

Semoga dengan kehadiri beliau Pasukan Menembak Pelapis Negeri Johor dan SUKMA Johor akan terus maju dan melahirkan atlet menembak yang berwibawa.

No comments:

Post a Comment