16 October 2012

Program Khas di SM Sains Batu Pahat Sempena Program Mengenalpasti BakatSukan Menembak



Program Khas Mengenalpasti Bakat Sukan Menembak di 
SM Sains Batu Pahat
Tarikh : 11 Oktober 2012
Masa : 2.30 - 4.30 ptg

Sebuah program khas telah dijalankan di SM Sains Batu Pahat bagi tujuan menjalinkan satu hubungan baik dengan pihak sekolah, di mana dengan mencari bakat-bakat baru di Sekolah tersebut dan malantik sekolah tersebut sebagai sekolah angkat bagi sukan Menembak di Batu Pahat.

Walaubagaimana pun, perkara tersebut masih diperingkat cadangan dan perlantikan secara rasmi sebagai Sekolah angkat bagi sukan Menembak Batu Pahat masih di dalam perbincangan. Pihak USPTN berharap agar dapat menempatkan atlet-atlet menembak yang terbaik dalam akademik dan sukan menembak di sekolah tersebut secara automatik dapat menaikkan nama sekolah tersebut sebagai sekolah angkat bagi sukan Menembak Negeri Johor.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana membenarkan pihak kami untuk membuat program tersebut serta memberi kerjasama yang amat tinggi semasa program dijalankan.
Pihak kami telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat Sukan Menembak Fasa 1 di 11 sekolah termasuk SM Sains Batu Pahat dan susulan program Fasa ke 2 akan diadakan pada 24 Oktober 2012 bertempat di Lapangsasar Menembak Tg Labuh dan dijangka penglibatan pelajar dan guru adalah seramai 100 orang. Program Fasa ke2 ini juga disertakan dengan Klinik Pengenalan Sukan Menembak bagi tujuan memperkenalkan Sukan tersebut kepada para pelajar yang baru mula berjinak-jinak dengan sukan menembak. 

Gambar sepanjang program tersebut dijalankan:-


Perjumpaan Bersama Pengetua Sekolah Tersebut sebelum Program dijalankan.

 Guru yang bertanggungjawab membantu menjalankan program tersebut. ( En Zainuddin)

 Ucapan aluan dari Ketua Unit Pelapis Johor

 Atlet berjalankan ke arah jurulatih untuk sesi pemilihan.


 PPN Radziah membantu pelajar untuk mengisi borang yang diberi.

 JSM Menembak Johor turut membantu (En Nasir Ramli)








Sedikit penerangan dari JPM En Subari serta pembentangan gambar-gambar berkaitan sukan menembak.

No comments:

Post a Comment