05 October 2012

Program Mengenalpasti Bakat Sukan Menembak

Pada 26 September hingga 4 Oktober 2012 yang lalu, Pelapis Johor telah berjaya menjalankan Program Mengenalpasti Bakat Sukan Menembak di sekolah-sekolah sekitar Batu Pahat. Sebanyak 10 buah sekolah yang telah terlibat untuk program tersebut. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari bakat baru untuk diserapkan ke dalam Program Pelapis Johor di dalam sukan Menembak dan fokus kami adalah untuk pelajar yang berada di tahun 6 sahaja iaitu yang akan melangkah ke Tingkatan 1 pada tahun 2013. Program tersebut telah dijalankan selama 5 hari dari 26 Septermber dan tamat pada 4 Oktober yang lalu, manakala untuk Sesi pemilihan Fasa ke-2 dijangkan akan diadakan pada 17 Oktober 2012 akan datang, di mana pelajar-pelajar yang terpilih diminta untuk datang ke lapangsasar Menembak bersama guru pengiring ataupun ibubapa mereka. Seramai 76 pelajar yang berjaya dipilih dari fasa pertama dan pelajar tersebut hendaklah melalui pemilihan fasa ke-2 pula bagi melayakkan mereka diserap menjalani Program Latihan Pelapis Johor.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah kerana telah memberi kerjasama yang tinggi sepanjang program tersebut dijalankan tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada pihak Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana membenarkan pihak Pegawai & Jurulatih kami menjalankan program tersebut di sekolah-sekolah. Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang terlibat serta sedikit gambar semasa program dijalankan.

Sekolah-sekolah terlibat:-

BIL
SEKOLAH
TARIKH
1.
SK KORIS
26 Sept 2012
2.
SK BANANG JAYA
3.
SK BUKIT SOGA
4.
SK CONVENT
28 Sept 2012
5.
SK TENGKU MARIAM
6.
SK LIM POON 1
3 Oktober 2012
7.
SK LIM POON 2/SRI PUTERI
8.
SK TEMENGGONG IBRAHIM
4 Oktober 2012
9.
SK BANDAR
10.
SK MONFORT
Tunda ke         
 10 Oktober 2012
11.
SMK SAINS BP



SK TENGKU MARIAM


SK KORIS


SK TENGKU MARIAM & SK SRI PUTRI


SK KORIS


SK BANDAR


SK BUKIT SOGA & SK CONVENT

No comments:

Post a Comment