30 January 2013

Tahniah! PLN Berbasikal Trek Negeri Johor


USPTN Johor bersama MSN Johor mengucapkan syabas dan tahniah kepada 5 orang atlet pelapis Johor kerana telah berjaya ditawarkan ke dalam pasukan Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau Zon Utara,Majlis Sukan Negara Malaysia. Ini merupakan kejayaan yang membanggakan bagi USPTN Johor bagi tahun 2013. Tahniah diucapkan kepada jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar kepada atlet-atlet kita.Tahniah kerana telah menjalankan tugas dengan cemerlang.Syabas!

Profile Atlet:

Nama: Mohammad Daniel Haikal Edy Suhaidee
Pencapaian: Pelapis Kebangsaan,MSN Malaysia
PLN: Muar, Johor.
Acara: Berbasikal Trek/Road
Jurulatih: Muhammad Fuad Bin Daud
Jurulatih: Muhammad Firdaus Bin Daud


Nama: Muhammad Azrul Taufiq Annuar
Pencapaian: Pelapis Kebangsaan,MSN Malaysia
PLN: Muar, Johor.
Acara: Berbasikal Trek/Road
Jurulatih: Muhammad Fuad Bin Daud
Jurulatih: Muhammad Firdaus Bin Daud

Nama: Siti Zulaikha Bt Hamdan
Pencapaian: Pelapis Serantau Zon Utara
PLN: Muar, Johor.
Acara: Berbasikal Trek/Road
Jurulatih: Muhammad Fuad Bin Daud
Jurulatih: Muhammad Firdaus Bin Daud

Nama: Nurainna Syarah Bt Amran
Pencapaian: Pelapis Serantau Zon Utara
PLN: Muar, Johor.
Acara: Berbasikal Trek/Road
Jurulatih: Muhammad Fuad Bin Daud
Jurulatih: Muhammad Firdaus Bin Daud

Nama: Mohd Amirul B Amran
Pencapaian: Pelapis Serantau Zon Utara
PLN: Muar, Johor.
Acara: Berbasikal Trek/Road
Jurulatih: Muhammad Fuad Bin Daud
Jurulatih: Muhammad Firdaus Bin Daud

10 January 2013

Pemantauan PLN Olahraga - Muar


Tarikh : 9hb Jan 2013
Masa : 5.00PM
Tempat : PLN Olahraga Johor / Stadium Sultan Ibrahim Muar
Jurulatih : Tuan Hj. Yusof Bin Khalid
En. Md Shah Bin Md. Noh

Pada 9hb Jan 2013 lalu pemantauan dan perbincangan telah dilakukan bersama JSM . Semasa pemantauan dilakukan , latihan dilakukan di alam stadium berkenanan kerana hari hujan lebat .Pada hari berkenaan banyak perkara telah diperbincangkan bersama JSM dan diantaranya perancangan takwin tahun ini serta pertandingan seterusnya akan datang.Selain Itu JSM memohon bantuan peralatan seperti free weight bagi membantu dalam program latihanya.Diharap usaha dan kesungguhan jurulatih berkekalan,syabas.







Pemantauan PLN Berbasikal Johor - Muar


Tarikh : 9hb Jan 2013
Masa : 3.00 PM
Tempat : PLN Berbasikal Johor
Jurulatih : JSM - 
En. Firdaus Daud
En. Fuad Bin Daud

Pada 9hb Jan 2013 lalu pemantauan dan perbincangan telah dilakukan bersama JSM En. Fuad Bin Daud & En. Firdaus Daud di PLN Berbasikal Johor. Semasa pemantauan dilakukan ,tiada latihan dilakukan pada hari berkenanan kerana hari hujan lebat .Pada hari berkenaan banyak perkara telah diperbincangkan bersama JSM dan diantaranya pertandingan seterusnya akan datang.Pada masa yang sama saya mengambil pelunag untuk menyerahkan bantual peralatan latihan dari MSN Malaysia iaitu "Roller". Selain itu saya mengambil pelung untuk melihat keadaan PLN .Selain itu memaklumkan kepada JSM bahawa kelulusan untuk menaik taraf dan membaiki kabin telah diluluskan dan diucapkan ribuan terima kasih kepada MSN Malaysia. Proses seterusnya akan dilaksanakan secepat mungkin.Dalam masa terdekat ini kontraktor akan dilantik dan kerja-kerja baik pulih akan dilaksanakan.







09 January 2013

Pemantauan Sukan Skuash

Tarikh : 8 Januari 2013
Tempat : PLN Skuash Johor , Rjcc
Masa : 4.00 - 6.00 Ptg

Jumlah atlet : 6 orang

Latihan dilakukan seperti biasa ,Drilling dan Cross Court

Jurulatih PLN Nur Aziah dan atlet memberi komitmen yang sepenuhnya semasa menjalani latihan







08 January 2013

PEMANTAUAN LATIHAN TERJUN & PERBINCANGAN BERSAMA JLN



Pemantauan Latihan Harian Sukan Terjun



Tarikh : 4, 8, 9 & 11 Januari 2013
Masa Latihan : 3.30 -6.30 ptg
Tempat : PLN Terjun Negeri Johor/ Stadium Larkin

Kehadiran :
1. Jurulatih : JLN Xu Ji / Pegawai ISN
2. Atlet : 7 Perampuan 6 Lelaki

Latihan
1. Drylan exercise
2. A,B,C Position tepi pool, 1 & 3 meter Springboard
3. 101 C, 101 B

4. Sirkit Training with ISN.

Peralatan
1. JLN telah membeli tali harness dari China dengan menggunakan wang saku beliau dahulu bagi memudahkan atlet cepat belajar terjunan yang lebih tinggi tahap kesukarannya.

Program Binaan
1. TID yang telah ditangguhkan pada akhir tahun 2012 akan dijalankan pada Bulan Febuari 2013. Tujuan TID ini dijalankan adalah bagi mencari atlet Pelapis untuk berlatih pada sesi pagi pula.

Ulasan
1. Semasa perbincangan bersama jurulatih, PPN telah memaklumkan kejohanan-kejohanan bagi tahun 2013 dan meminta jurulatih dapat menyediakan atlet untuk bertanding ke kejohanan-kejohanan tersebut namun pihak JLN memaklumkan bahawa beliau hanya akan menghantar atlet bertanding dalam kejohanan peringkat Kebangsaan sahaja bukan peringkat terbuka. Kerana atlet sedia ada masih terlalu awal untuk bersaing bersama atlet luar Negara.

2. JLN juga memaklumkan tahap prestasi atlet sedia ada amat memberangsangkan namun beliau tidak akan  memaksa atlet tersebut dengan untuk naik dengan lebih cepat kerana dikhuatiri atlet akan cepat "Burn Out". 

3. Pihak PPN berbangga dapat bekerjasama bersama JLN tersebut memandangkan beliau menunjukkan komitmen yang tinggi semasa latihan dan   amat menjaga hubungan baik bersama atlet. Atlet juga menunjukkan kesungguhan semasa menjalankan latihan bersama beliau.

Laporan oleh : Siti Radziah Abd Sahar



Latihan di Kolam MBJB


Sirkit Training bersama ISN

National Evaluation & Pemilihan Atlet 2013

Salam 1 Msia
MTBC dan MSNM melalui USPTN & MSNJ akan mengadakan National Evaluation & Pemilihan Atlet 2013 Program Pelapis Negeri Johor 2013 sepertimana ketentuan berikut:
Tarikh : 8 Jan 2013
Masa : 8.00 Mlm
Yuran : RM 10 seorang
Tempat : Danga City Mall J.B
Program pemilihan ini terbuka kepada atlet berumur 18 tahun ke bawah. borang boleh didapati semasa pendaftaran dari jam 7.00 hingga 8.30 mlm. Pertanyaan lanjut sila hubungi En Zahari 0167177961.

01 January 2013

PENTADBIRAN



 
MAJLIS SUKAN NEGARA
(UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR)

Rujukan Fail            : 
IKLAN JAWATAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan kosong untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. (a)   JAWATAN                                         :            PEMBANTU TADBIR
                                                                                    (KEWANGAN)

     (b)   BADAN BERKANUN
PERSEKUTUAN                             :           MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA  

     (c)   GRED                                               :           N 17

    (d)   KUMPULAN PERKHIDMATAN     :           SOKONGAN

    (e)   KLASIFIKASI PERKHIDMATAN    :           PERKHIDMATAN SOSIAL

    (f)    JADUAL GAJI                                  :           MENGIKUT SKIM N 17

    (g)   TARAF JAWATAN                           :           KONTRAK



SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a)       warganegara Malaysia ;

(b)       berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)                   
i)          Sijil Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

ii)         lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

(Keutamaan diberi kepada calon- calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan / atau mengambil trengkas).

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang diperolehi daripada Majlis Sukan Negeri Johor (Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor) dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat atau menghantar satu sampul surat berukuran 10cm x 23cm bersetem dan alamat sendiri dengan mencatat ”MOHON BORANG MSNJ/USPTNJ” disudut sebelah kiri sampul surat tersebut.

Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil yag diperlukan hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

Salinan Sijil-Sijil yang perlu dihantar bersama Borang: -

1. Salinan Sijil Kelahiran
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Salinan Lesen Memandu Kenderaan
4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
5. Salinan Sijil SPM atau kelulusan setaraf
6. Sekeping gambar berukuran PASPORT yang terbaru
(tidak dikembalikan)
7. Salinan sijil-sijil ko-kurikulum

Bagi pemohon-pemohon yang masih berkhidmat dimana-mana jabatan Kerajaan perlulah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2012 serta Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.

KETUA UNIT
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR
MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR
ARAS 1, STADIUM TAN SRI DATO’ HAJI HASSAN YUNOS
JALAN DATO’ JAFFAR
80350, JOHOR BAHRU
JOHOR

TARIKH IKLAN       :           01 JANUARI 2013
TARIKH TUTUP     :           18 JANUARI 2013

 CATITAN AM

(a)  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

(b)  Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c)  Segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri.