22 August 2016

JOHOR - KEM LATIHAN PUSAT ATLET BAKAT MEMANAH DAN ATTACHMENT LATIHAN PLN JOHOR DENGAN JURULATIH PROGRAM PELAPIS KEBANGSAAN MSNM - MEMANAH


LAPORAN PROGRAM LATIHAN PUSAT KE KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 2 DAN ATTACHMENT LATIHAN BERSAMA JURULATIH PROGRAM PELAPIS KEBANGSAAN MSNM 

SUKAN : MEMANAH                  

TARIKH : 12 HINGGA 14 OGOS 2016

NAMA : ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF      

MASA :  8.00 PAGI - 6.00 PETANG

TEMPAT : PLN MUTIARA RINI JOHOR BAHRU 

KEHADIRAN : 

JPM MSNM : OTHMAN BIN WAHAB
JPM SUKMA : RAHMAN BIN SAAYON
JPM : AZIZUL KHAIRI BIN TAJUDDIN 
JSM : SHUHAIRI BIN JARUMAN 


BIL PESERTA : 
LELAKI: 8 ORANG 
PEREMPUAN :8 ORANG 
ATLET PLN : 10 ORANG 

Pada 12 hingga 14 Ogos 2016 yang lepas, USPTN Johor dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Johor telah mengadakan kem latihan pusat kepada atlet- atlet bakat yang terpilih mewakili Negeri Johor ke Ke Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri ke 2 bertempat di PLN Mutiara Rini Johor Bahru. 

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyesuaikan atlet yang terpilih dengan sistem pertandingan yang akan di sertai di karnival tersebut. Selain itu juga program ini bertujuan bagi mengenal pasti kekurangan yang ada pada atlet tersebut dan untuk membentuk semangat sepasukan. 

Bagi menjadikan kem latihan ini lebih berkualiti pihak USPTN Johor telah memanggil Jurulatih Pelapis Kebangsaan MSNM iiatu En Othman Bin Wahab untuk membuat attachment latihan bersama atlet - atlet ini. Tujuan adalah bagi memabntu jurulatih refresh program latihan dan mendapatkan input - inpt yang baru berkaitan sukan memanah. 

Sepanjang program atlet dan jurulatih banyak diberi bimbingan dan tunjuk ajar dari En Othman berkaitan peralatan dan juga teknik dalam sukan Memanah. 

Program berakhir selepas taklimat akhir pada 14 Ogos 2016 sebelum berangkat ke Pulau Pinang. 

Pihak USPTN Johor dan Persatuan  Negeri Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Othman bin Wahab Jurulatih Program Pelapis Kebangsaan MSNM dalam menjayakan latihan bersama pasukan Bakat dan PLN Negeri Johor. 


Sekian terima kasih. 
--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Memanah & Taekwondo & Sepak Takraw)

1 comment:

  1. Tahniah pasukan memanah, berjaya dpt 4E, 1P & 3G dlm karvival tersebut. Teruskan usaha.

    ReplyDelete