22 August 2016

JOHOR- LAPORAN PROGRAM PENGENALAN DAN KLINIK ASAS SUKAN - MEMANAH


LAPORAN PROGRAM PENGENALAN DAN KLINIK ASAS SUKAN MEMANAH 

SUKAN : MEMANAH                  

TARIKH : 8 OGOS 2016

NAMA : ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF      

MASA :  8.00 PAGI - 6.00 PETANG

TEMPAT : PLN MUTIARA RINI JOHOR BAHRU 

KEHADIRAN : 

KETUA PROGRAM : ABD RAHMAN BIN SAAYON 
JPM : AZIZUL KHAIRI BIN TAJUDDIN 
JSM : SHUHAIRI BIN JARUMAN 


BIL PESERTA : 
LELAKI :41 ORANG 
PEREMPUAN :31
GURU : 16 ORANG 


Pada 8 Ogos 2016 yang lepas, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dan Unit Pembangunan MSN Johor dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Johor telah mengadakan Program Pengenalan dan Klinik Asas Sukan Memanah bagi atlet khasnya berumur bawah 14 tahun melibatkan  41 pelajar lelaki , 31 pelajar perempuan dan 16 orang guru yang terdiri daripada 16 buah sekolah 

1. SK Taman Mutiara Rini Johor Bahru 
2. SK Nusantara
3. SK (P) Sultan Ibrahim 
4. SMK Medini 
5. SMK Tenggaroh 
6. SMK Agama Bandar Penawar Kota Tinggi 
7. SK Taman Daya Johor Bahru 
8. SM Sains Kota Tinggi 
9. SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman Pontian 
10. SK Taman Kota Jaya Kota Tinggi 
11. SMK Taman Kota Jaya Kota Tinggi 
12. SK Bandar Penawar 2, Kota Tinggi 
13. SK Perumahan Tampoi 2 Johor Bahru 
14. SK Kangkar Tebrau Johor Bahru 
15 SK Islam Hidayah Johor Bahru 
16. SM Islam Hidayah Johor Bahru 

Pelajar - pelajar yang terpilih ini adalah pelajar yang terbaik melalui ujian pemiliahn skor di Pusat L:atihan Sekolah. 

Program klinik ini dikendalikan oleh Jurulatih Sepenuh Masa SUKMA Johor iaitu En. Abd Rahman Saayon dan dibantu oelh jurulatih USPTN Johor iaitu En Azizul Khairi Bin Tajuddin dan En Shuhairi Bin Jaruman. 

Perlaksanaan program bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta dan seterusnya dengan program teori awalan Pengenalan Sukan Memanah yang telah disampaikan oleh ketua Jurulatih En Abd Rahman. 

Sesi kedua pula bersambung selepas minum pagi dengan program praktikal dan penerangan peralatan sukan memanah dan teknik- teknik asas dalam sukan memanah. 

Sesi ketiga iaitu sesi terakhir pula bermula selepas makan tengahari dengan program Penilaian Markah bagi pemilihan atlet Ke Karnival Bakat Pelapis Negeri 2016 Siri 2. dan di akhir program seramai 16 orang peserta telah dinamakan bagi mewakili di Karnival Bakat Pelapis Negeri 2016 Siri 2 di Pulau Pinang. 

Majlis penutup telah disampaikan oleh Setiausaha Persatuan Memanah Negeri Johor iaitu Tuan Hj Zaini Bin Mohd Syariff dengan menyampaikan sijil penyertaan dan cenderahati  kepada pihak sekolah yang terlibat. Program berakhir pada jam 6.30 Petang. 

Ucapan jutaan terima kasih kepada peserta, - peserta , Jurulatih ,  guru -guru dan Persatuan Memanah negeri Johor dalam menjayakan program pada kali ini demi mencapai hasrat untuk mengembalikan kegemilangan sukan Memanah di Negeri 
--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Memanah & Taekwondo & Sepak Takraw)

No comments:

Post a Comment