31 December 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

KEPADA WARGA PELAPIS NEGERI JOHOR &
PENGERAK-PENGERAK SUKAN DI NEGERI JOHOR

SELAMAT TAHUN BARU
2010

SEMOGA APA YANG DIRANCANG AKAN DILAKSANAKAN MENGIKUT JADUAL DITETAPKAN

SEMOGA MENEMPUHI CABARAN 2010 DENGAN PENUH IKTIZAM INGIN BERJAYA

Kejohanan-kejohanan penting pelapis:

Karnival Pelapis Negeri 1 & 2
SUKMA 2010 di Melaka
1st Youth Olimpik di Singapura

28 December 2009

TAKWIM KEBANGSAAN 2010

TAKWIM KEBANGSAAN 2010
Untuk memuaturun (download), sila click link yang diberi mengikut sukan.

AKUATIK (RENANG/TERJUN) (click on me)

GIMNASTIK & GIMRAMA (click on me)

MEMANAH (click on me)


TENPIN BOWLIN
G (click on me)

BADMINTON (click on me)

(p/s: all files has been compressed into Zipped folder)


Bagi Takwim sukan-sukan lain akan di upload k
emudian. Sekian,terima kasih kerana memuaturun. Tetaplah menyokong Program PELAPIS Johor.



SESI LATIHAN AKUATIK

PLN: KOLAM RENANG MBJB LARKIN
TARIKH: 28/12/2009
MASA LATIHAN: 7.30-10.30PG,
COACH:JSM RENANG (OSMAN YUB),JPM TERJUN (AGNES WONG )
ATLIT: TERJUN (3ORG) , RENANG (18ORG)

Pada musim cuti sekolah ini, PLN Pelapis Johor bagi sukan akuatik masih tetap giat menjalankan latihan harian. Bagi sukan terjun, atlet sesi pagi yang hadir cuma 3 org di mana dengan alasan masih ada yang bercuti di kampung, bagi atlet renang pula,mereka menggunakan peluang yang ada sempena cuti sekolah ini dengan menjalankan latihan yang semaksima mungkin, kerana masing-masing ingin memperbaiki masa kelayakan ke Sukma 2010.Sesi latihan bagi cuti sekolah dijalankan 2 kali sehari pada setiap hari. Terima kasih diucapkan kepada JSM Osman Yub kerana sentiasa membantu dan tidak pernah penat melatih atlet demi membangunkan sukan renang di negeri Johor. Diharap jasa baik beliau ini akan terbalas jua nanti.

(gambar sebagai lampiran)






24 December 2009

SILAT MEMBUKA GELANGGANG PERTANDINGAN


di antara atlet pelapis negeri Johor yang mewakili daerah Johor Bahru............. go...go..pelapis


Kejuaraan Pencak Silat Sukan Johor d Muar 2009 membuka gelanggangnya pagi td (24 Dis 2009) walaupun sebelum ini berbagai permasalahan wujud. Inilah masa para atlet silat seluruh daerah menunjukkan bakat kepada seluruh warga negeri Johor dan juga kakitangan MSN Johor yang mengambil peluang ini bagi memilih para atlet untuk diserapkan ke dalam program SUKMA Johor dan Pelapis Negeri Johor.

Pelapis Negeri Johor pada kali ini terpaksa membahagi kepada dua (2) pasukan silat mereka kerana atlet yang terbaik telah dihantar menyertai pertandingan silat antara pusat latihan pelapis negeri Johor di Kedah yang bermula 23 - 28 Disember 2009 dan Sukan Johor bagi mewakili pasukan daerah Johor Bahru bermula 23 - 28 Dis 2009.

Kepada mereka semua selamat bertanding dan semoga berjaya.

KEPUTUSAN : SUKAN JOHOR, MUAR 2009




aksi final perseorangan lelaki antara daerah Batu Pahat vs Kulai Jaya


bersedia majlis penutup dan penyampian hadiah bagi sukan ping pong.........
tahniah to u all

SUKAN JOHOR, MUAR 2009
Tarikh : 22 - 23 Dis 2009
Tempat : Dewan Perumahan Kakitangan Penjara Muar, Jalan Salleh

Pertandingan ini telah dijalankan dengan lancar dan telah disertai daerah seluruh Johor kecuali Segamat. Para atlet dari Program Pelapis Negeri Johor turut sertai Sukan Johor ini dengan mewakili daerah Batu Pahat. Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan sukan ping pong: -

Perseorangan Lelaki:
Emas : Kek Sze Hau - Batu Pahat
Perak: Choo Chen Wei - Kulai Jaya
Gangsa : Kho Zi Chong - Kluang
Lim Chit Kang - Kluang

Perseorangan Wanita:
Emas : Too Ning Ying - Batu Pahat
Perak : Ang Su Xian - Kulai Jaya
Gangsa : Ho Yiang - Johor Bahru
Tan Boon Yi - Batu Pahat

Bergu Lelaki:
Emas : Choo Chen Wei / Lee Zhi Yong - Kulai Jaya
Perak : Ling Chit Kang / Chung Peng Han - Kluang
Gangsan : Kek Zi Jing / Tan Shau Heng - Batu Pahat
Gan Boon Zhe / Lim Chau Shern - Muar

Bergu Wanita:
Emas : Ser Wei Qi / Ser Wei Ying - Ledang
Perak : Ang Si Xian / Wong Thiam Xin - Kulai Jaya
Gangsa : Kek Zin Jing / Tang Shau Heng - Batu Pahat
Grance Poh / Sheryl Tan - Kulai Jaya

Bergu Campuran:
Emas : Kek Sze Hau / Too Ning Ying - Batu Pahat
Perak : Chong Kee Yang / Ho Ying - Johor Bahru
Gangsa : Lee Zhi Yong / Sheryl Tan - Kulai Jaya
Tan Shau Heng / Lim Siew Yan - Batu Pahat

Keputusan Punggutan Pingat:
1. Batu Pahat : 3 emas 4 gangsa
2. Kulai Jaya : 1 emas 3 perak 2 gangsa
3. Ledang : 1 emas
4. Kluang : 1 perak 2 gangsa
5. Johor Bahru : 1 perak 1 gangsa
6. Muar : 1 gangsa

Tahniah kepada semua.

Untuk maklumat lanjut layari laman web berikut : http://www.johordt.gov.my/sukjoh2009/?s=gamer&id=6

22 December 2009

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BERPASUKAN ANTARA PUSAT LATIHAN PELAPIS 2009

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BERPASUKAN ANTARA
PUSAT LATIHAN PELAPIS NEGERI 2009

Tarikh : 11 - 13 Dis 2009
Tempat : Dewan Bola Keranjang Negeri Johor

Pertandingan ini telah mempertandingkan acara berpasukan bawah 21 tahun yang mengandungi 3 regu iaitu regu bawah 21 tahun, regu bawah 18 tahun dan beregu bawah 21 tahun. Pusingan pertama telah dijalankan secara peringkat satu pusingan yang terdiri kumpulan A dan Kumpulan B. Johan dan naib johan kumpulan A dan B akan layak bertandingan peringkat kalah mati. Seramai 113 orang pegawai, jurulatih dan atlet telah didaftarkan yang terdiri 8 orang pegawai, 23 orang jurulatih dan 90 atlet.

8 buah Pusat Latihan Pelapis Negeri telah mengambil bahagian iaitu : -

1. Johor - PLPN Tangkak
2. Johor - PLPN SSBP
3. Selangor
4. Pulau Pinang
5. Kedah
6. Kelantan
7. Negeri Sembilan
8. Perak

Pertandingan ini telah dimenangi oleh : -

Johan : Johor - PLPN SSBP
Naib Johon : Kelantan
Ketiga Bersama : Johor _ Tangkak & Selangor

Pihak USPTN Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau langsung di dalam menjayakan pertandingan ini: -

1. Cawangan Pelapis, MSNM
2. Majlis Sukan Negeri Johor
3. Majlis Perbandaran Pasir Gudang
4. Perbadanan Stadium Johor
5. Persatuan Sepak Takraw Negeri Johor
6. Dewan Bola Keranjang Negeri Johor
7. Nestle (MILO - Minuman)
8. Gajah Emas ( Kelengkapan Pertandingan)


pengundian kumpulan.....................


mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang telah dipengerusi oleh Ketua Unit,
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor



atlet pelapis dari Pusat Latihan Pelapis Negeri Tangkak................


Sekian

20 December 2009

SAMBUTAN WIRA MALAYSIA




Tn Haji Ismail Abd Rahman, Pengarah MSN Johor menyambut kepulangan Muhammad Farhan pemenang pingat emas tinju SEA GAME 2009.




antara peminat yang sempat bergambar kenangan .......... dah ada peminta...



Tarikh : 19hb Disember 2009
Tempat : Senai International AirPort, Johor

Masa : 7.15 malam


MOHD FARHAN BIN HJ HARON & MUHAMMAD ALI BIN ABD KARIM telah memenangi pingat Emas dan Gangsa di SEA GAME d' LOAS bagi acara tinju kategori 75kg yang lalu.

Mereka ini juga merupakan atlet sandaran Johor bagi memenangi pingat di SUKAN MALAYSIA (SUKMA 2010).

Sambutan ringkas tapi penuh bermakna kepada kedua-dua petinju ini. Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Tn Hj Ismail bin Abdul Rahman sendiri menyambut kepulangan mereka sambil diiringi beberapa pegawai dari Majlis Sukan Negeri Johor, Persatuan Tinju Amatur Johor, ahli keluarga, atlet dari Pelapis dan SUKMA dan sahabat handai mereka berdua.

Selain itu, terdapat juga beberapa orang wartawan dari beberapa media cetak dan elektronik menanti bagi menemubual mereka. Terima Kasih kepada wartawan-wartawan yang hadir. Sokongan anda semua amatlah dihargai.

Terima kasih juga kepada pihak Air Port Senai, pesilat pelapis, pasukan kompang, dan En Zainal diatas bantuan yang diberikan.

07 December 2009

KEM TAHUNAN PELAPIS NEGERI 2009



KEM TAHUNAN PELAPIS NEGERI 2009
Tarikh : 7 - 13 Disember 2009
Tempat : Kolej Kediaman Antarabangsa Ibu Zain, UKM Bangi
Anjuran : Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia


Dimaklumkan bahawa, Majlis Sukan Negara Malaysia melalui Cawangan Pelapis sedang mengelolakan Kem Tahunan Pelapis 2009 di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 7 - 13 Disember 2009. Dijangka seramai 287 jurulatih, atlet & urusetia akan terlibat bagi kem ini melibatkan 7 sukan iaitu angkat berat, memanah, terjun, menembak, gimrama, gimnastik artistik dan olahraga. Seramai 21 orang atlet, 5 orang jurulatih dan seorang pegawai (PPN) dari Pelapis Johor telah dipilih mengikuti kem tahunan ini.


Pergerakan mereka ke Kem Tahunan Pelapis Negeri tersebut telah disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor dengan menaiki bas Majlis sendiri. Sokongan yang jitu Majlis Sukan Negeri Johor terhadap Program Pelapis Negeri Johor amatlah kami hargai.