28 June 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BERTERUSAN (CCE)

PROGRAM PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BERTERUSAN (CCE)
ANJURAN MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
25HB JUN HINGGA 27HB JUN 2010
KOLEJ TUNKU CANSELOR UTM SKUDAI

Skudai, Johor Bahru; Satu Program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan (CCE) yang dianjurkan oleh Cawangan Kejurulatihan Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilaksanakan pada 25hb Jun hingga 27hb Jun 2010 di Dewan Astana Kolej Tunku Conselor UTM.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada semua jurulatih dibawah MSNM dan semua penggiat sukan untuk mengingkatkan ilmu pengetahuan mereka mengenai bidang kejurulatihan serta mewujudkan hubungan industri antara pihak MSNM dengan pihak UTM Skudai.

Seramai 15 orang jurulatih dari program pelapis Johor menyertai program. Namun jumlah ini amatlah mendukacita berbanding dengan jumlah jurulatih yang dilantik dibawah Pelapis Negeri Johor. Namun apa pun diucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat agar ilmu yang diperolehi digunakan sebaik mungkin bagi kemajuan sukan di negeri Johor khususnya bagi Program Pelapis Negeri Johor.


22 June 2010

SUKMA 2010

PASUKAN PELAYARAN NEGERI JOHOR
SUKAN MALAYSIA XIII, 2010 MELAKA

Tahniah kepada pasukan pelayaran Negeri Johor diatas kejayaan memenangi 1 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa melalui para atlet yang menjalani latihan dibawah Program Pelapis Kebangsaan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi Kedah.

Emas dimenangi oleh adik Nurul Izzatu Akma binti Muhammad Ruzaimi. YB Exco Belia dan Sukan Negeri Johor juga telah menyerahkan sebahagian saguhati kemenangan pingat emas yang berupa wang ringgit sebanyak RM1,000.00. Dan yang selebihnya akan diserahkan semasa Majlis yang akan diadakan di masa terdekat ini.

KEPUTUSAN PINGAT SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010


CARTA PUNGGUTAN PINGAT
SUKAN MALAYSIA XIII, 2010 MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Tahniah kepada Kontinjen Johor kerana berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu menduduki tempat ke 4 keseluruhan dan memperoleh 40 pingat emas berbandingan yang ditarget iaitu sebanyak 35 pingat emas. Tahniah juga kepada semua pegawai dan atlet dari program pelapis negeri Johor yang berjaya memperoleh pingat sama ada emas, perak atau pun gangsa.

18 June 2010

PEMECAH REKOD KEBANGSAAN

ANGKAT BERAT
 
Tidak Melebihi 75Kg - Snatch (w)
85 kg (Baru)
81 kg (Lama)
Tidak Melebihi 75Kg - Clean & Jerk (w)
102 kg (Baru)
100 kg (Lama)
Melebihi 75Kg - Snatch (w)
84 kg (Baru)
77 kg (Lama)
Melebihi 75Kg - Clean & Jerk (w)
106 kg (Baru)
101 kg (Lama)

Berita sukan malaysia xiii, melaka 2010

JOHOR RAIH DUA EMAS MENERUSI ACARA GOLF

AYER KEROH (16 JUN 2010) - Johor menyapu dua daripada empat pingat emas yang ditawarkan dalam acara golf di Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka 2010 yang menutup tirai aksi di Kelab Golf Ayer Keroh & Country (AKCC) di sini hari ini. Dua emas yang diraih oleh Johor ialah dalam acara individu dan berpasukan wanita.
Kelly Tan Guat memenangi acara individu wanita apabila melakukan 73 pukulan dan keseluruhan mengumpul 218 pukulan untuk meraih pingat emas.

Vivienne Chin dari Sabah yang melakukan 74 pukulan pada saingan hari terakhir keseluruhan mengumpul 221 pukulan bagi meraih pingat perak dan Iman Ahmad Nordin dari Pahang mendapat gangsa apabila mencatat 226 pukulan.

Dalam acara individu lelaki pula, Chan Tuck Soon dari Wilayah Persekutuan terpaksa berhempas pulas hingga ke permainan penentuan sudden-death sebanyak tiga kali sebelum dapat mengetepikan Chin Jun Nian dari Sabah dan Mohd. Iylia Jamil dari Selangor untuk meraih emas.
Ketiga-tiga pemain itu menamatkan saingan tiga hari pertandingan apabila masing-masing terikat dengan 218 pukulan hingga mengheret ke perlawanan penentuan sudden-death bagi menentukan pemenang mutlak acara tersebut.

Pada permainan sudden-death pertama di lubang 18 Par-5 dengan jarak 604 meter, Mohd. Ilya tersingkir awal. Keadaan itu membolehkan penentuan pingat emas ditentukan antara Tuck Soon dan Jun Nian pada sudden-death kedua namun kedua-duanya terikat apabila masing-masing melakukan catatan par.

Namun pada permainan sudden-death ketiga, kemenangan memihak kepada Tuck Soon untuk meraih emas apabila berjaya melakukan par ketika Jun Nian sekadar membuat bogey di lubang 18.

''Saya gembira dengan kemenangan ini walaupun terpaksa mengharungi aksi yang begitu lama. Tiga permainan sudden-death terpaksa saya lalui tetapi saya puas berjaya meraih pingat emas,'' katanya.

Johor meraih pingat emas kedua dalam acara berpasukan wanita (Ardilla Ali, Kelly Tan Guat dan B.K Asha Lakshme) mengumpul 450 pukulan dikuti oleh Pahang (Iman Ahmad Nordin, Michelle Koh, Sharon Lau May Yen) mendapat perak dengan 455 pukulan dan Selangor (Ainil Johani, Isza Fariza Ismail, Khairunhanisah Azlan Hanif) meraih gangsa dengan 456 pukulan.

Dalam acara berpasukan lelaki pula, emas dimenangi oleh Selangor (Gavin Kyle Green, Mohd. Iylia Jamil, Kenneth De Silva, Mohd. Iszaimi) mengumpul 662 pukulan, Wilayah Persekutuan (Kim Leun Kwang, Chan Tuck Soon, Ng Choo Sian, Tan Wei Chean) mendapat perak dengan 667 pukulan dan Sabah (Chin Jun Nian, Lam Yu Shuen, Albright Chong, Alexander Lau) memenangi gangsa mencatat 672 pukulan.

Berita sukan malaysia xiii, melaka 2010

ANGKAT BERAT CATAT DUA REKOD KEBANGSAAN


AYER KEROH (17 JUN 2010) - Dua rekod kebangsaan dileburkan dalam acara angkat berat wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka 2010 yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh di sini hari ini.
Rekod tersebut dilakar oleh jaguh angkat berat dari Johor yang turut menjanjikan empat pingat emas bagi mengukuhkan kedudukan pasukan itu dalam senarai punggutan pingat keseluruhan.
Arisha Farra Erwin beraksi dalam kategori wanita tidak melebihi 75kg berjaya mengangkat bebanan 85kg dalam acara snatch dan 102kg bagi clean dan jerk untuk menyumbang dua emas.
Catatan itu membolehkan Arisha Farra memperbaharui rekod lama miliknya iaitu 81kg untuk snatch dan 100kg bagi clean dan jerk Manakala rakan senegerinya, Tey Shang Fun yang bersaing dalam kategori wanita melebihi 75kg melakukan angkatan 84kg bagi snatch serta 106kg bagi clean dan jerk turut memadamkan rekod miliknya iaitu 84kg bagi snatch dan 106kg untuk clean dan jerk.
Sementara itu, Firdaus Abdul Razak dari Kedah memecah dominasi Johor apabila menyumbang dua emas menerusi acara snatch serta clean dan jerk bagi kategori lelaki tidak melebihi 94kg.
Firdaus melakukan angkatan 141kg dalam acara snatch untuk meraih emas diikuti oleh Mohd. Faiz Musa dari Perlis dengan 125kg dan Mohd. Raduan Abu Bakar dari Negeri sembilan memenangi gangsa dengan 114kg.
Jaguh angkat berat dari Kedah meraih emas kedua bagi clean dan jerk dengan catatan 181kg, pingat perak dimenangi oleh Mohd. Faiz mencatat 166kg dan gangsa buat Mohd. Raduan dengan 139kg.
Bagi acara snatch kategori wanita tidak melebihi 75kg, pingat perak menjadi milik Zuraini Che Rose yang mengangkat 73kg dan Marlina Nordin dari Johor mendapat gangsa dengan 69kg.
Dalam clean dan jerk kategori yang sama, Putri Khairul Nursyakirah Hussin dari Kedah mendapat perak dengan angkatan 86kg dan Zuraini Che Rose dari Pahang meraih gangsa melakukan 85kg.
Pingat perak dan gangsa acara snatch melebihi 75kg pula, ia didominasi oleh atlet dari Kelantan menerusi Siti Amida Aris dan Noor Adila Ali. Masing-masing mengangkat bebanan 73kg dan 66kg.
Bagi kategori yang sama menerusi acara clean dan jerk, Siti Amida turut meraih perak dengan 95kg manakala Nurul Hatimi Azmi dari Terengganu mendapat gangsa mencatat 85kg.

Berita sukan malaysia xiii, melaka 2010


JOHOR THE KINGPINS OF ATHLETICS AT SUKAN MALAYSIA XIII


PAYA RUMPUT (18 June 2010) - Southerners Johor emerged as the kingpins of athletics at the Sukan Malaysaia XIII Melaka 2010 when they romped to a hefty nine gold medals following the end of the programme last night at the Hang Jebat Stadium.

Not even the late surge from Terengganu when they grabbed both gold medals in the men and women’s 4x400m relay and also the men’s 4x100m relay late last night could dislodge Johor from finishing at the top of the athletics standings.
4x400M 
Lelaki Akhir
4x400M 
Lelaki Akhir
Johor showed their pedigree in the sport by winning nine gold medals, four silver and three bronzes as Terengganu had to settle for the second spot with six gold medals, four silver and six bronzes.

Third was hosts Melaka, who also picked up six gold medals, two silver medals and one bronze. While Terengganu dominate most of the track event, Johor were dominant in the field with five gold medals - not including decathlon which was won by Muhd Fahmi Maselan. 

Johor won gold in the men and women’s pole vault (Rafiudin Che Omar and Farrah Wahidah), men’s high jump (Nauraj Singh), women’s shot putt (Rahila Othman) and javelin (Muhd Bakri Hamid). The remainder of their three gold medals were from men’s 1,500m (S. Mathialagan), women’s 400m (Nurul Asikin), men’s 800m (S. Mathialagan).

200M Men Final

3000M Lari Berhalangan
Terengganu on the other hand, were playing catch-up all through the four-day period with some gallant performances to keep off the chase from Melaka. And in the end, they emerged as the second best team in athletics winning the majority of the relay events - the men’s 4x400m, women’s 4x400m, the men’s 4x100m, men’s 400m hurdles, women’s triple jump and also men’s shot putt.

The blue riband short distance produced the new starlet in Melaka’s Nurul Sarah when she totally dominated from start to finish - winning both gold medals in the women’s 100m and also the 200m.

In the men’s 100m, FT’s Syed Aliff crossed the tape first with a time of 10.71sec as Melaka’s Schzuan Ahmad made up for his fourth place finish in this event to take gold in the men’s 200m instead. 

But while Pulau Pinang had to be content with the fifth spot overall in athletics with five gold medals, they at least had the satisfaction of writing new the national record in 3,000m steeplechase. Melinda Kaur rewrote her old time of 11:04:14 with the new time of 10:55:31.

15 June 2010

TWO GOLD MEDALS FOR JOHOR

ARCHERS HAZIQ AND SHAHIRA WIN TWO GOLD MEDALS FOR JOHOR 

 AYER KEROH (13 Jun 2010) - Haziq Kamaruddin and Shahira Abdul Halim delivered two gold medals for Johor in archery to bring the total tally for the southern state to four on the third day of the Sukan Malaysia XIII Melaka 2010. The 17-year-old Haziq won gold in the men’s 50metre recurve with a score of 333 to narrowly win the event over Pulau Pinang’s Mohd Fareez Rosli who had to settle for the silver (331) and Mohd Izzuddin Abdul Rahim to the bronze (328). On the other hand, Shahira emerged tops in the 50metre recurve with a score of 317 to finish ahead of Sarawak’s Beatrice Wong (308) and another Johor archer Nur Huda Azia (306).
Haziq Kamaruddin bersama Shahira Abdul Halim daripada Johor menang pingat emas dalam
acara Memanah Recurve pada
Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 di UTEM.

Haziq Kamaruddin daripada Johor memanah ke sasaran meraih pingat emas dalam 
acara Memanah Recurve pada
Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 di UTEM

10 June 2010

EMAS PERTAMA JOHOR SUKMA 2010

EMAS PERTAMA JOHOR

Emas pertama Kontinjen SUKMA Negeri Johor telah disumbangkan dari sukan Gimnastik Artistik melalui Wan Muhammad Akmal Hakim Wan Mohd Zain acara Pertandingan II (Perseorangan Lelaki) - Kekuda Pelana. 


TAHNIAH KEPADA WAN AKMAL.....


SUASANA KOLEJ TUN TEJA
PENGINAPAN PARA PEGAWAI DAN ATLET LELAKI
KONTINJEN SUKMA JOHOR 2010

Gambaran suasanan penginapan para pegawai, jurulatih dan atlet untuk Kontinjen SUKMA Johor 2010

KUNJUNGAN PENGINAPAN 
PASUKAN PELAYARAN KONTINJEN NEGERI JOHOR

Kunjungan bertujuan bertanya kabar para pegawai atlet bersama wakil urusetia perubatan bagi memastikan mereka semua sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan selesa. Pasukan Pelayaran Johor telah menginapn Atie Lia Resort di Pengkala Balak lebih kurang 300 meter dari tempat pertandingan.

Pada tahun ini, pasukan pelayaran Johor cukup bersedia dari segi persiapan dan kelengkapan. Diharap pasukan pelayaran Johor akan dapat memberikan kilauan emas kepada Kontinjen SUKMA JOhor 2010. Ini kerana ramai daripada atlet adalah dari Program Pelapis Kebangsaan yang berpusat dan berlatih di Langkawi.

Kepada En Abdul Aziz Hashim (Coach), Noor Fadzley Abdul Aziz (Coach), Mohd Yusof Ibrahim (Coach), Hakim Wakiman, Mohd Fazarikman, Muhammad Amirul Shafiq, Muhammad Farhan, Ana Mustika, Norshazrin, Siti Maslinda dan Ummah Amirah yang lahir dari Program Pelapis Negeri Johor selamat maju jaya.



05 June 2010

GOOD LUCAK !!!!!!!

SELAMAT BERJUANG
ATLET-ATLET PROGRAM PELAPIS NEGERI JOHOR
DI SUKAN MALAYSIA XIII, 2010 D' MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Tahniah kepada 94 orang atlet dan 14 orang jurulatih dari program Pelapis Negeri Johor terpilih mewakili Negeri Johor di Temasya Sukan Malaysia XIII, 2010 di Melaka Bandaraya Bersejarah dari 10hb - 19hb Jun 2010.

Berikut adalah pecahan atlet program Pelapis Negeri Johor yang mewakili negeri Johor di temasya ini: -
1. Menembak - 17 atlet / 3 pegawai
2. Lawan Pedang - 14 atlet / 2 pegawai
3. Silat Olahraga - 12 atlet
4. Sepak Takraw - 12 atlet
5. Basikal - 12 atlet / 1 pegawai
6. Pelayaran - 8 atlet (pelapis negeri & pelapis kebangsaan) / 3 pegawai
7. Renang - 6 atlet / 1 pegawai
8. Gimnastik - 3 atlet / 1 pegawai (bertandingan)
9. Gimrama - 3 atlet / 1 pegawai
10. Ping Pong - 2 atlet
11. Olahraga - 1 atlet

Maklumat pencapaian mereka di Sukan Malaysai ini akan di kemas kini di Fan Face Book Pelapis Johor dari masa ke semasa.

Selamat maju jaya kepada mereka semua. BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA.

01 June 2010

Pemantauan Sukan Pencak Silat dan Angkat Berat

Tarikh : 28 Mei 2010
Tempat : PLN Pencak Silat, Blok K, Taman Molek, Johor Bahru

Pemantauan bulanan yang telah dilakukan oleh SDO ke PLN Pencak Silat mendapati kehadiran atlet adalah amat memuaskan walaupun masih terdapat segelintir atlet yang masih belum habis peperiksaan di sekolah . Malah, pada hari pemantauan, didapati atlet-atlet Pelapis yang akan mewakili Negeri Johor ke SUKMA juga turut menjalani latihan tambahan di PLN Taman Molek.

JSM memaklumkan latihan dijalankan seperti biasa memandangkan tiada sebarang kejohanan mahupun uji tanding dalam masa terdekat ini.

Latihan yang dijalankan bermula pada jam 9:00 malam tamat pada jam 11:45 malam


Latihan Bebanan


Tunjuk ajar daripada Jurulatih


Taklimat ringkas sebelum beransur pulang



*****************************************************************************

Tarikh : 30 Mei 2010
Tempat : PLN Angkat Berat, Felda Pemanis 1, Segamat

Pemantauan pada kali ini adalah bertujuan untuk mengadakan perjumpaan dengan atlet dan juga melaksanakan Ujian Angkatan Bulanan. Namun, kehadiran atlet adalah amat mendukacitakan kerana hanya 6 orang atlet sahaja yang hadir, manakala yang lain tidak hadir tanpa sebab.

Selain itu, JSM juga memaklumkan kepada SDO berkenaan status di Felda Pemanis yang dilabelkan sebagai kawasan bahaya kerana sedang diserang penyakit malaria yang mana telah berlaku 1 kematian di kawasan tersebut.

Hal-hal lain yang dibangkitkan oleh JSM adalah mengenai peralatan latihan seperti platform yang semakin rosak, dan juga blok untuk back-squat. Walaubagaimana pun, SDO telah memaklumkan bahawa peralatan tersebut akan diberikan secepat mungkin (ketika entri ini ditulis, papan platform yang digunakan semasa Pertandingan Angkat Berat Inter-Zon Selatan 2010 dan juga blok back-squat milik Majlis Sukan Negara di gym Angkat Berat Negeri Johor sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke Felda Pemanis 1).




Kecil-kecil cili padi


Ganas!


Back-squat


Platform pecah


..