26 April 2011

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN SPESIFIK SKUASY

Tarikh : 17 April 2011
Tempat : Dewan Terbuka ASZS, Larkin
Kehadiran : 73 orang pelajar, guru-guru pengiring, KUN, SDO & Pegawai ISN Larkin / KL


Pada 17 April 2011, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dibawah Program Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor telah mengadakan satu Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Spesifik Skuasy bagi pelajar-pelajar yang berumur 6 - 12 tahun untuk diserapkan ke dalam Program Pelapis Negeri Johor bertempat di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin pada jam 8.00 pagi.

Sehubungan itu, sebanyak 11 buah sekolah dan 73 orang pelajar telah dipilih untuk menghadiri program ini dan pelajar-pelajar perlu menjalani beberapa ujian-ujian bateri yang akan dilaksanakan oleh pihak Cawangan Mengenalpasti Bakat, Institut Sukan Negara Malaysia. Antara ujian-ujian bateri tersebut adalah :-

1. Sit & Reach
2. Sit up & Push Up
3. Vertical Jump
4. Standing Broad Jump
5. Spider Agility Test
6. Catch Eye Test
7. Beep Test

Satu pengalaman yang amat bermakna kepada saya kerana buat pertama kalinya program TID bagi sukan skuasy diadakan. Tambahan pula, jenis-jenis ujian yang dijalankan oleh pihak ISN KL adalah sesuatu yang baru bagi saya seperti Spider Agility Test untuk ujian agility dalam sukan skuasy dan Catch Eye Test bagi ujian coordination tangan dan mata. Manakala, pelajar-pelajar juga telah menunjukkan minat yang mendalam dalam sukan skuasy apabila segala ujian-ujian yang dikenakan dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh pelajar-pelajar tersebut. Saya berharap agar program latihan akan dapat dijalankan sebaik mungkin selepas nama-nama peserta yang lulus dan berjaya dimaklumkan ke pihak USPTN Johor. 







Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KUN USPTN Johor, pihak ISN KL & ISN Pusat Satelit Larkin, guru-guru pengiring dan ibu bapa yang sudi hadir membantu bagi menjayakan program ini. 

BENGKEL PENGUKUHAN KUN/PPN

BENGKEL PENGUKUHAN KUN / PPN 
ANJURAN CAWANGAN PELAPIS
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Johor Bahru, Johor : Majlis Sukan Negara Malaysia melalui Cawangan Pelapis MSNM akan menganjurkan Bengkel Pengukuhan Ketua Unit Negeri (KUN) dan Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) kepada semua kakitangan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri terutama KUN & PPN yang akan berlangsung mulai 26hb April 2011 hingga 28hb April 2011 di Paragon Grand Hotel Johor Bahru. 

Dijangka seramai 96 orang pegawai yang akan turut serta di dalam Bengkel Pengukuhan ini. Pelbagai pengisian program telah diatur diantara sesi taklimat, sesi pembentangan dan sesi 'team building' disepanjang bengkel ini berlangsung.

Kepada semua rakan-rakan di Cawangan Pelapis dan Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPTN) SELAMAT DATANG KE NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM.

Sekian.

25 April 2011

PEMANTAUAN PLN SUKAN OLAHRAGA MSSJ 2011

AKTIVITI: MSSJ OLAHRAGA 2011
TARIKH: 18HB - 21HB APRIL 2011
MASA: 8.00AM -5.00PM
TEMPAT: STADIUM LARKIN, JOHOR
JSM: HJ YUSOF B. KHALID

Pemantauan di MSSJ olahraga telah diadakan di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus ,Larkin, Johor Bahru,Johor.Sukan MSSJ anjuran Jabatan Pelajaran Johor ini telah disertai oleh 12 atlet PLN Olahraga Muar.Atlet ini telah berjaya meraih 2 emas,4 perak dan 3 gangsa.Atlet yang telah berjaya akan diserapkan dan akan mewakili Johor dalam MSSM serta SUKMA dalam masa terdekat ini.



20 April 2011

JAWATAN KOSONG

 
IKLAN JAWATAN KOSONG
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. (a                            (a)       JAWATAN                                         :    PEMBANTU TADBIR  (PERKERANIAN/OPERASI)
(b)       GRED                                               :    N17
(c)        KUMPULAN PERKHIDMATAN    :    SOKONGAN
(d)       KLASIFIKASI PERKHIDMATAN   :    PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
(e)       JADUAL GAJI                                  :    P1T1 RM 820.38  –P1T24 RM 2151.35
(f)        TARAF JAWATAN                           :    KONTRAK

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a)   Warganegara Malaysia ;
            (b)   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)      i)  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh                Kerajaan ; dan

ii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon- calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan / atau mengambil trengkas).

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang diperolehi daripada Majlis Sukan Negeri Johor (Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor) dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat sahaja.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

Bagi pemohon-pemohon yang masih berkhidmat dimana-mana jabatan Kerajaan perlulah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2010 serta Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.

PENGARAH
MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR
D/A     :           ARAS 1,
STADIUM TAN SRI DATO’ HAJI HASSAN YUNOS
JALAN DATO’ JAAFAR
80350 JOHOR BAHRU
JOHOR

(U/P    :           KETUA UNIT
                        UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR)

TARIKH IKLAN       :           21 APRIL 2011
TARIKH TUTUP     :           23 MEI 2011

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sah dokumen-dokumen berikut :-

(i)                Sijil Kelahiran
(ii)               Kad Pengenalan
(iii)              Sijil Berhenti Persekolahan
(iv)              Sijil SPM
(v)               Lain-lain Sijil Kelayakan / Surat Akuan berkaitan


CATITAN AM

            (a)      Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

(b)     Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c)   Segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri.

         Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor ditalian yang disediakan di dalam blog ini.

Sekian

19 April 2011

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT SUKAN TERJUN (TID) FASA 2

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT SUKAN TERJUN (TID) FASA 2


Pada 16 April 2011 yang lalu telah diadakan Program Mengenalpasti Bakat sukan Terjun (Talent Identification) oleh Unit TID yang didatangkan khas dari Institut Sukan Negara Malaysia. Program fasa 2 ini adalah susulan dari program fasa 1 yang diadakan di sekolah-sekolah pada 5 April 2011. Sebanyak 6 sekolah yang terlibat semasa program fasa 1 tersebut.

Pada program fasa 2 ini, pelajar yang terlibat adalah seramai 42 orang yang terdiri daripada enam buah sekolah. Walaupun pemilihan pada fasa 1 adalah mencecah 100 orang pelajar namun hanya 43 orang atlet sahaja yang mendapat kebenaran dari ibu-bapa untuk ke fasa yang kedua ini. 43 orang pelajar ini terdiri daripada pelajar seperti sekolah-sekolah berikut:-
  1. SJKC FOON YEW 3
  2. SJKC FOON YEW 4
  3. SK LARKIN 1 & 2
  4. SK ANGKATAN TENTERA
  5. SK STAR 2
Pada fasa ke-2 kali ini pelajar telah diarahkan untuk membuat beberapa ujian kecergasan yang telah dirancang oleh Pegawai dari ISN tersebut. Tujuan ujian tersebut diajalankan adalah untuk menilai tahap kecergasan seserang pelajar samaada beliau layak menjadi atlet sukan terjun ataupun tidak. Data-data dari ujian tersebut akan dikumpul dan dinilai kemudian keputusan bagi atlet yang terpilih akan dikeluarkan oleh pihak ISN tersebut. Dikesempatan itu, Pegawai Pembangunan Negeri Cik Siti Radziah sempat mengadakan satu sesi perjumpaan bersama ibu-bapa bagi menerangkan objektif program ini dijalankan serta hala tuju program ini setelah terpilih ke dalam program Pelapis Johor.

Akhir sekali diucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu-bapa yang sanggup menghantar serta menunggu anak-anak mereka sehingga program tersebut selesai. Tidak lupa juga kepada Anggota ISN dari unit TID yang bersusah payah menjalankan program tersebut dan terima kasih kepada Ketua Unit USPTN serta rakan-rakan yang sudi bersama membantu menjayakan program tersebut. Moga usaha yang kita jalankan ini dapat membuahkan hasil.





TERIMA KASIH KEPADA IBU-BAPA YANG SABAR MENUNGGU




TERIMA KASIH KEPADA KETUA UNIT USPTN JOHOR
EN HAFISZAL TUKEMIN






Ujian-ujian kecergasan yang dijalankan.

12 April 2011

KEJOHANAN TERJUN PELAPIS NEGERI SIRI 1/2011

KEJOHANAN TERJUN PELAPIS NEGERI SIRI 1/2011
Pada 7-10 April yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan Terjun Pelapis Negeri Siri1/2011. Pelapis Johor telah pun menghantar seorang Penerjun Wanita di bawah kategori 17 tahun bagi acara 1m Springboard. Beliau ialah adik Nur Annatasia yang berusia 13 tahun. Beliau juga merupakan satui-satunya perserta perempuan bagi acara 17 tahun ke bawah, dan bagi acara 1meter Springboard atlet ini telah mengumpul markah sebanyak 114.50. Walaubagaimana pun, atlet tersebut telah menunjukkan prestasi yang meningkat kerana beliau hanya bermula berlatih pada awal bulan Mac yang lalu setelah berehat selama hampir 8 bulan. Terima kasih diucapkan kepada jurulatih, ibubapa dan pegawai yang terlibat semasa Kejohanan tersebut. Sekian Terima kasih








Adik Nurannatasia

PEMANTAUAN PLN SUKAN OLAHRAGA MUAR

TARIKH: 5HB APRIL 2011
MASA: 4.00PM
TEMPAT: PLN MUAR JOHOR
JSM: HJ YUSOF B. KHALID

Pemantauan di PLN Olahraga Muar pada kali ini adalah kali pertama sejak dan telah dihadiri oleh 9 orang atlet dan 2 orang jurulatih. SDO telah pun berbincang akan prestasi atlet serta keperluan dan masalah yang dihadapai oleh PLN tersebut. Jurulatih menghadapi masalah dari segi kelengkapan latihan seperti hurdle,starting block dan free weight terutamanya. Semasa pantauan, latihan telah dijalankan tepat jam 4 petang . Di kesempatan itu SDO telah mengumpul profile 5 orang atlet terbaik dari PLN tersebut.




PEMANTAUAN PLN SUKAN BERBASIKAL MUAR

TARIKH: 5HB APRIL 2011
MASA: 3.00PM
TEMPAT: PLN MUAR JOHOR
JSM: MUHAMMAD FIRDAUS B. DAUD
JSM: MOHD IDRUS B. HASSAN

Pemantauan di PLN Berbasikal pada kali ini telah dihadiri oleh 13 orang atlet dan 2 orang jurulatih. SDO telah pun berbincang akan prestasi atlet serta keperluan dan masalah yang dihadapai oleh PLN tersebut. Jurulatih menghadapi masalah dari segi kelengkapan latihan seperti basikal trek terutamanya. Semasa pantauan, latihan telah dijalankan tepat jam 5 petang dan hanya latihan ringan yang dibuat kerana atlet baru sahaja selesai sesi kokurikulum di sekolah. Di kesempatan itu SDO telah mengumpul profile 5 orang atlet terbaik dari PLN tersebut. SDO juga telah berbincangan akan perancangan untuk ke Kejhanan Sportsexcel di Cheras April ini.Selain itu JSM memaklumkan bahawa 4 orang atlet PLN Muar terlibat dengan SUKMA 2011 ini.