04 April 2011

MESYUARAT JKK PLN BERBASIKAL MUAR

MESYUARAT JKK SUKAN BERBASIKAL

TARIKH: 25HB MAC 2011
MASA: 10.30AM

TEMPAT: BILIK MESYUARAT MSN JOHOR
JSM: MUHAMMAD FIRDAUS B. DAUD
JSM: MOHD IDRUS B. HASSAN

Pada 25hb Mac 2011 yang lalu,USPTN Johor melalui MSN Johor telah mengadakan satu mesyuarat JKK Sukan Berbasikal. Mesyuarat Ini adalah kali pertama dilaksanakan sejak PLN Muar ditubuhkan pada 2010.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh KU Pelapis Johor En. Hafiszal Tukemin mewakili Pengarah MSN Johor yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh President Persatuan Berbasikal Johor iaitu Y.B Dato Hj.Samat B. Hj. Arifin ,Setiausaha Kehormat Persatuan Berbasikal Johor Hj. Kamarden B. Ali,Penolong Pengarah Sains Sukan Cik Siti Najwa Bt. Suhaimi,Ketua Pusat Satelit ISN Johor En. Sarkawi B. Zainal Abidin,wakil Unit Sukan MSSM,wakil SUKMA,wakil Gemilang, serta JSM PLN Berbsaikal Muar.
Banyak perkara telah dibincangkan dan kedua-dua pihak berte
rima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh pihak MSN Malaysia dan MSN Johor bagi mempertingkakan sukan Berbasikal Johor. Sebelum tamat mesyuarat,En. Hafiszal Tukemin telah menyerahkan bantuan sebuah basikal trek,tiub dan tayar dari MSN Malaysia dan MSN Johor kepada Persatuan Berbasikal Johor seterusnya diserahkan kepada JSM Berbasikal Muar.

Majlis Penyerahan Bantuan Basikal,Tiub dan Tayar diterima oleh
Y.B Dato Hj.Samad B. Arifin

President Persatuan Berbasikal Negeri Johor.





No comments:

Post a Comment