Tarikh : 3 April 2011
Tempat : Lapangsasar Menembak, Batu Pahat, Johor
Kehadiran : 35 orang atlet & 2 JPM
Atlet - atlet baru sedang menjalani latihan
Satu pemantauan dibuat oleh SDO di Lapangsasar Menembak Batu Pahat bagi memantau program latihan atlet-atlet Sukan Menembak Negeri Johor selepas ujian kecergasan diadakan pada 26 Mac 2011 yang lalu. Seramai 35 orang atlet yang hadir pada hari ini iaitu 14 orang atlet senior dan 21 orang atlet pemilihan TID 2010 yang lalu. Latihan ini dibawah seliaan 2 orang JPM iaitu En. Subari dan En. Mohd Nasir serta turut dibantu oleh En. Saadon yang akan dilantik sebagai Pengurus Pasukan Menembak SUKMA Johor 2012.
Sesi latihan ini bermula pada 9.00 pagi sehingga 2 petang. Selepas sesi latihan selesai, satu perjumpaan dibuat oleh jurulatih dan SDO bersama semua atlet. Pelbagai perkara dibangkitkan dan diberi peringatan kepada atlet-atlet yang hadir.
Ringkasan Perjumpaan Bersama Atlet :
1. Jurulatih dan SDO memberi penekanan kepada kehadiran atlet-atlet baru agar seringkali hadirkan diri sesi latihan agar cepat mahir dalam sukan ini.
2. Jurulatih En. Subari memaklumkan agar penjagaan senjata api perlu dititikberatkan oleh semua atlet baru sepanjang sesi latihan supaya tiada kerosakan. Manakala, pengambilan senjata api perlu berperingkat 3 orang sahaja dibenarkan masuk sekali dibawah kebenaran jurulatih En. Mohd Nasir.
3. Jurulatih En. Subari menyuruh agar semua atlet menggunakan sistem simulator sepenuhnya terutama atlet-atlet baru dan jangan menyalahgunakan kemudahan yang sedia ada di lapang sasar.
4. Jurulatih En. Subari memaklumkan satu senaman regangan akan diajar oleh jurulatih En. Mohd Nasir dan En. Saadon mulai minggu hadapan. Senaman regangan ini perlu dilakukan setiap hari dan sebelum memanaskan badan untuk menjalani sesi latihan.
5. Pada minggu hadapan juga, jurulatih memaklumkan satu gotong-royong akan diadakan bagi mengemas dan membersihkan persekitaran tempat latihan di lapang sasar.
6. Atlet senior lepasan sekolah yang menginap di lapangsasar memohon agar pihak pentadbiran menyediakan penapis air di lapang sasar kerana bekalan air minuman tiada jika menginap dan menjalani latihan di lapang sasar.
Maklumbalas : Akan dibincangkan bersama KUN Johor.
Banner Kejohanan Menembak Sirkit Pelapis yang akan diadakan di Johor selepas Terengganu
Perbincangan Bersama JPM
1. Jurulatih memaklumkan kerosakan mesin target 25M.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa ada beberapa program yang telah dirancangkan bagi Sukan Menembak Johor. Perkara ini akan dibincangkan bersama kemudian.
3. CCTV yang dipasang pada hujung tahun 2010 telah berfungsi sepenuhnya bagi tujuan keselamatan lapangsasar.
4. Jurulatih membincangkan bantuan kewangan dan persediaan atlet-atlet ke Kejohanan Piala Presiden Ally T.H. Ong pada bulan Mei 2011 akan datang ini.
5. Jurulatih turut memohon agar pihak pentadbiran dapat membantu kemasukan 2 orang atlet iaitu ke Nik Muhammad A'imullah Supardi dan Ong Zheng Shen ke UTHM.
Maklumbalas : Perkara ini pernah dibincangkan dengan pihak SUKMA Johor dan akan dirujuk semula.
Laporan disediakan oleh :
Norasikin Ebrahim
SDO Sukan Menembak
No comments:
Post a Comment