19 April 2015

JOHOR - KLINIK PENGENALAN SUKAN TENPIN BOLING BAWAH 12 TAHUN

Sukan : Tenpin Boling
Tarikh : 18 April 2015
Tempat : Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

Pada 18 April 2015, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor telah mengadakan program pencarian bakat baru dari peringkat akar umbi dalam sukan tenpin boling daripada Program Klinik Pengenalan Sukan Tenpin Boling Bawah 12 Tahun. Program tersebut telah diadakan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar yang melibatkan seramai 42 orang pelajar iaitu 28 orang lelaki & 14 orang Perempuan , 2 orang JSM tenpin boling Johor, 1 orang SDO USPTN Johor dan 2 Orang urusetia.

Objektif utama pengajuran program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan sukan Tenpin Boling serta mencungkil bakat- bakat baru yang berumur 12 tahun kebawah untuk di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan aktiviti Pengenalan Sukan dan Peralatan Sukan boling dan disusuli dengan praktikal di pusat latihan SSTMI yang di sampaikan oleh JSM Sukan Tenpin Boling Johor iaitu En Lamjah Bin Khalil.

Pada sesi petang program diteruskan lagi dengan Mini Pertandingan. Pada sesi ini peserta-peserta dinilai dan dipilih oleh JSM Sukan Tenpin Boling Johor untuk mengikuti Program Boling Bawah 12 Tahun.

Atlet yang terpilih mengikut Program Boling Bawah 12 Tahun

1) Danish
2) Anis Hannani
3) Muhammad Azib Abd Razak
4) Muhammad Harith Faiq
5) Ahmad Danial Bin Mohd Zamri
6) Nur Farahin Binti M. Firly
7) Muhammad Nor Azim
8) Anis Sofiya
9) Nur Umairahtul Jannah
10) Nurul Hureen Syafiqah
11) Wirdani Binti Daud
12) Muhammad Luqman Bin Mohd Salleh
13) Muhammad Ikmal Hakim Bin Jefri
14) Muhd Muzakir Bin Abdullah
15) Irfan Haziq Bin Mohd Razi

Akhir sekali pihak MSN Johor melalui USPTN Johor merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di atas sokongan dan bantuan bagi menjayakan program ini. 

"LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR"


--
FIRMAN BIN MOHD ZAMBRI
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

(Pelayaran, Tenpin Boling & Olahraga)
Tel   : 014-3847741 / 07-5545972 
Fax  07-5548706

No comments:

Post a Comment