01 April 2015

JHR - PROGRAM BINAAN KLINIK PENGENALAN SUKAN PELAYARAN 2015

Tarikh  : 27 Mac 2015
Masa    : 3.00 Petang hingga 5.30 Petang
Tempat : Tanjung Leman, Mersing
PPN      : En. Firman Bin Mohd Zambri
Peserta  : 71 orang pelajar

Pada 27 Mac 2015, Majlis Sukan Negeri Johor melalui USPTN Johor dan kerjasama Persatuan Pelayaran Johor telah menganjurkan satu Program Klinik Pengenalan Sukan Pelayaran 2015 bertempat di Tanjung Leman, Mersing.

Program ini telah dihadiri seramai 71 orang pelajar daripada beberapa sekolah iaitu SMK Sungai Tiram, SMK Taman Selesa Jaya dan Atlet bau Pelapis Johor.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan sukan Perahu Layar dikalangan pelajar sekolah, memberikan maklumat berkaitan dengan faedah yang akan atlet dapat dan seterusnya mencari bakat2 baru dalam sukan perahu layar.

Program ini bermula dengan kata-kata aluan dari Timbalan Presiden 1 Persatuan Pelayaran Johor iaitu En. Hj Mazlan Bin Othman dan penerangan kepada guru-guru, Jabatan Pendidikan Johor seterusnya kepada pelajar yang menghadiri program ini.

Seterusnya program ini diteruskan dengan taklimat sukan Perahu Layar daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pelayaran Johor iaitu En Zaidi Bin Ahmad Fuad.

No comments:

Post a Comment