12 April 2015

JOHOR-KLINIK PENGENALAN SUKAN TENIS 2015











KLINIK PENGENALAN SUKAN TENIS 2015

TARIKH : 11 APRIL 2015 
TEMPAT : AKADEMI TENIS TAMAN PERLING
PENYERTAAN : 
PEGAWAI : 1 ORANG 
JURULATIH : 4 ORANG 
ATLET : 52 ORANG

Klinik pengenalan sukan tenis ini adalah susulan daripada program mengenalpasti bakat yang telah dijalankan pada 9 Mac 2015. Klinik telah bermula pada pukul 2.00 Petang di Akademi Tenis Taman Perling.Sesi pengenalan bersama jurulatih tenis dan juga pengawai kepada ibu bapa dan juga atlet.klinik diteruskan dengan pembentangan dari Pegawai Pembangunan Negeri iaitu Cik Rahmah Binti Wailtakun.Di dalam pembentangan, beliau menerangkan hala tujun serta objektif Pelapis Johor bagi sukan tenis.Beliau juga menerangkan keperluan-keperluan yang diperlukan oleh atlet baru untuk mula menjalani latihan kelak. Ibu-bapa juga diberi penekanan berkenaan komitmen, keselamatan, serta diminta memberi galakkan kepada anak-anak untuk aktif di dalam aktivit sukan.

Seterusnya klinik diteruskan lagi dengan pembentangan dari En Rozelan selaku jurulatih sambilan sukan tenis di negeri Johor. Di dalam pembentangan beliau pula, beliau menerangkan peralatan yang digunakan serta acara-acara yang dipertandingkan bagi sukan tenis. Jurulatih menekankan kepada ibu bapa bahawa komitmen ibu bapa adalah sangat penting darisegi penghantaran anak untuk hadir ke sesi latihan.

Setelah selesai sesi pengenalan, sesi atlet bersama jurulatih telah dijalankan.Jurulatih memberi penerangan berkenaan cara memegang raket tenis, cara mengawal bola dan sebagainya.





Rahmah Binti Wailtakun
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
(Tenis,Gimrama,Gimnastik,Basikal)

Tel   : 018- 2929940 / 07-5545972
Fax  : 07-5548706

No comments:

Post a Comment