26 April 2015

JOHOR - PROGRAM MOTIVASI BAGI PERSIAPAN KE KEJOHANAN - TENPIN BOLING

Sukan : Tenpin Boling
Tarikh : 22 April 2015
Tempat : Pasir Gudang Bowl

Pada 22 April 2015, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor telah mengadakan program motivasi bagi persiapan atlet ke kejohanan Sportexcel NSC-MILO National Junior Sirkit Pahang Leg pada 24 - 26 April 2015. Program tersebut telah diadakan di Pasir Gudang Bowl, Pasir Gudang yang melibatkan seramai 20 orang atlet iaitu 14 orang lelaki & 6 orang Perempuan.

Objektif utama pengajuran program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri atlet kerana rata-rata atlet pada pusingan pertama kejohanan berada pada ranking yang memuaskan dan apabila masuk dipusingan kedua atlet tidak dapat mengekalkan score seperti di pusingan pertama dan mengakibatkan ranking atlet berada di tahap yang kurang memuaskan.

Program ini bermula pada jam 8.30 malam dan ceramah motivasi ini disampaikan oleh En Syed Abdul Rahman. Akhir sekali pihak MSN Johor melalui USPTN Johor merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Pasir Gudang Bowl di atas sokongan dan bantuan bagi menjayakan program ini. 

--
FIRMAN BIN MOHD ZAMBRI
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

(Pelayaran, Tenpin Boling & Olahraga)
Tel   : 014-3847741 / 07-5545972 
Fax  07-5548706

No comments:

Post a Comment