Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan kosong untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-
(a) JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI)
(b) BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN : MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
(c) GRED : N 17
(d) KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
(e) KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN & SOKONGAN
(f) JADUAL GAJI : MENGIKUT SKIM N17
(g) TARAF JAWATAN : KONTRAK
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia ;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
ii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan)
CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang diperolehi daripada Majlis Sukan Negeri Johor (Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor) dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat atau boleh dimuaturun pada link yang dibawah:-
Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil yang diperlukan hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.
Salinan Sijil-Sijil yang perlu dihantar bersama Borang: -
1. Salinan Sijil Kelahiran
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
4. Salinan Sijil SPM atau kelulusan setaraf
5. Sekeping gambar berukuran PASPORT yang terbaru
(tidak dikembalikan)
6. Salinan sijil-sijil ko-kurikulum
Bagi pemohon-pemohon yang masih berkhidmat dimana-mana jabatan Kerajaan perlulah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2014 serta Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.
Alamat :
KETUA UNIT
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR
ARAS
1,
MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR,
BANGUNAN DATO’ MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, 79000 KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA
TARIKH IKLAN : 30 JUN 2015
TARIKH TUTUP : 16 JULAI 2015
CATITAN AM
(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
(b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (2) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
(c) Segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri.
Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pentadbiran Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor di talian : 07-5545972/07-5547449
Sekian.