10 June 2015

JOHOR - KEM LATIHAN & PERSEDIAAN SUKAN TINJU 1/2015 - 9HB JUN 2015

SUKAN : Tinju

TARIKH :9hb Jun 2015

NAMA : Edzamry Bin Ambia

TEMPAT : PLN Tinju - SMK Bandar Putra,Segamat ,Johor

KEHADIRAN

JSM : Muhd Zaki Bin Hamid
          Muhd Farid Bin Abdul Rahman
          Azmee Bin Abdul Rahman

BIL ATLET : 25 Orang atlet lelaki

ULASAN

Hari Pertama (9hb Jun 2015)
Pada pukul 9.00 pagi atlet sudah berada di Dewan SMK Bandar Putra membuat pendaftaran kepada Jurulatih sebelum menjalankan sesi latihan. Sesi joging di sekitar sekolah dan sesi renggangan telah dijalankan sebelum sesi latihan dimulakan. Antara jenis latihan yang dijalankan adalah fleksibiliti, ketahanan otot dan sebagainya.Sesi latihan tamat pada pukul 10.00 pagi. Sesi latihan ke dua adalah pada pukul 4.00 petang dan tamat pada pukul 6.30petang.Selepas makan malam atlet berkumpul di dewan serbaguna bagi sesi bersama pegawai. Pegawai memperkenalkan diri dan membentangkan perancangan program kem yang akan dijalakan dan kejohanan yang akan disertai iaitu Kej Interzon Selatan 2/2015 yang akan berlangsung di Melaka.Selepas sesi pengenalan ,latihan seterusnya diteruskan sehingga tamat pada pukul 10.00malam. 

Sekian,Terima Kasih.

LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR

  
 LATIHAN SESI PAGI







LATIHAN SESI PETANG





LATIHAN SESI MALAM





No comments:

Post a Comment