28 June 2015

KEJOHANAN DALAMAN ANTARA PUSAT LATIHAN PELAPIS NEGERI JOHOR

Nama Program : Kejohanan Sepak Takraw Antara Pusat Latihan Pelapis Ngeri Johor 
Tarikh : 10-11 Jun 2015 
Tempat : Dewan Sri Tanjung PLN Tangkak 
Penyertaan : 
Atlet : 74 Orang 
Pegawai : 1 
JSM : 3 orang 
JPM : 1 
Jurulatih Kelab : 2 
Urusetia : 1
Pengadil : 4 orang 

LAPORAN RINGKAS 

Pada 11hb Jun 2015 yang lepas, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Johor telah mengadakan Kejohanan Antara Pusat Latihan Negeri Johor bertempat di Dewan Sepak Takraw PLN Sri Tanjung Tangkak Ledang. Program  bermula pada jam 9.00 Pagi dan berakhir pada 7.00 Malam.

Program ini pada mulanya dijadulakan pada 22-23 Mei 2015 bertempat di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi Johor terpaksa ditunda ke 10 dan 11 Jun 2015 di PLN Tangkak kerana terdapat pertindihan jadual dan tiada kekosongan penginapan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi Johor. 

Program ini telah melibatkan 2 pusat Latihan Pelapis Negeri Johor iaitu PLN SSTIM dan PLN Sri Tanjung Tangkak Ledang Johor Pecahan Regu mengikut Pusat Latihan 

SSTMI 
Bawah 16 tahun : 2 Regu 
Bawah 14 Tahun 2 Regu
Bawah 12 Tahun 1 Regu 

PLN Sri Tanjung Tangkak
Bawah 16 Tahun : 4 Regu 
Bawah 14 Tahun 4 Regu 
Bawah 12 tahun : 7 Regu 

Penganjuran kejohanan ini melibatkan atlet -atlet bawah 16 tahun mengikut format pertandingan antara regu :-

Bawah 12 Tahun 
Bawah 14 tahun 
Bawah 16 Tahun 


Berikut adalah pemenang - pemenang mengikut kategori 

Bawah 12 Tahun 
Johan : SK Paya Mas 
Naib Johan : SK Sri Maamor 
Ketiga : SK Ledang 
Keempat : SSTMI 

Bawah 14 Tahun 
Johan : SSTMI A 
Naib Johan SSTMI B 
Ketiga : PLN Tangkak A 
Keempat : PLN Tangkak B 

Bawah 16 Tahun 
Johan : SSTMI A
Naib Johan SSTMI B 
Ketiga : MSSD Muar B 
Keempat : PLN Tangkak A

Program dapat dijalankan dengan lancar dan mendapatkan kerjasama yang baik antara jurulatih kedua-du pusat latihan dan mencadangkan agar dapat dikembangkan dan dilaksanakan pada amasa akan datang. mencadangkan agar melibatkan seluruh daerah dan pusat latihan di Negeri Johor.


--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Memanah & Taekwondo & Sepak Takraw)

No comments:

Post a Comment